• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Aduan Tentang Pemilikan Dwikerakyatan Jho Low – KDN

oleh Ahmad Albab
24/03/2016
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) sehingga kini tidak menerima sebarang aduan atau laporan mengenai pemilikan dwikerakyatan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low.

KDN dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat memberitahu bahawa Jho Low juga tidak membuat sebarang permohonan pelepasan kewarganegaraan Malaysia.

“Berdasarkan semakan KDN, Jho Low adalah pemegang pasport Malaysia yang masih mempunyai tempoh sah laku,” menurut KDN.

KDN menjawab pertanyaan Wong Chen (PKR-Kelana Jaya) yang mahu kementerian itu menyatakan sama ada Jho Low mempunyai sekurang-kurangnya satu pasport Amerika Syarikat.

Jika benar, Wong meminta KDN melucutkan kewarganegaraan ahli perniagaan itu, selaras dengan Perkara 24 Perlembagaan Persekutuan.

Menurut kementerian itu, selaras dengan peruntukan di bawah Perkara 24 (2) dan 24 (3A) (a) Perlembagaan Persekutuan, kerajaan Persekutuan boleh melucutkan mana-mana warganegara yang menggunakan secara sukarela hak-hak dan keistimewaan sesuatu negara yang diperuntukkan khusus kepada warganegara negara tersebut.

“Oleh itu, mana-mana warganegara Malaysia yang memiliki dan menggunakan pasport negara asing boleh diambil tindakan pelucutan di bawah peruntukan itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Jho LowKDN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Terus Kerjasama Agensi Antarabangsa Bawa Pulang Jho Low – Bukit Aman

Malaysia Terus Kerjasama Agensi Antarabangsa Bawa Pulang Jho Low – Bukit Aman

08/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia terus komited bekerjasama dengan agensi antarabangsa untuk membawa pulang ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau...

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

19/07/2025
0

Bayan Lepas: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia belum menerima maklumat mengenai Low Taek Jho atau Jho Low yang dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd