• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tarikh Pembubaran Dun Sarawak Masih Jadi Teka-Teki

oleh Ahmad Albab
30/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAU (Sarawak) – Tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri ke-11 terus menjadi rahsia namun Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem memberi gambaran bahawa ia akan diumumkan tidak lama lagi.

Ditanya pemberita tentang perjumpaan beliau dengan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud esok, Adenan berkata perjumpaan itu diadakan seperti kebiasaannya sebelum setiap mesyuarat kabinet negeri.

“Mungkin pertemuan esok peluang bagi saya untuk meminta supaya beliau membubarkan DUN,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Ketua Menteri Sarawak bersama Rakyat di Dewan Suarah Bau di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau berkata tarikh pertemuannya bersama dua bakal calon Barisan Nasional (BN) Datuk Harry Henry Jinep daripada Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan penyandang kerusi yang juga timbalan presiden Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) Datuk Peter Nansian Ngusie akan ditetapkan kemudian.

Sebelum itu, dalam ucapannya Adenan berkata beliau mahu terlebih dahulu mengadakan pertemuan dengan kedua-dua bakal calon itu sebelum memutuskan siapa antara mereka akan dipilih untuk menjadi calon BN bagi mempertahankan kerusi Tasik Biru pada pilihan raya akan datang.

Adenan turut menafikan laporan sebuah akhbar kononnya beliau telah memutuskan Nansian sebagai calon BN bagi kerusi berkenaan, sambil menyatakan beliau kagum dengan sokongan terhadap Harry kerana turut mendapat sokongan kesemua parti komponen BN.

Beliau berkata pilihan raya negeri akan datang amat bermakna bagi BN dan Pasukan Adenan kerana ia akan menentukan siapa yang akan menjadi ketua menteri Sarawak yang berikutnya bagi tempoh lima tahun.

“Saya memerlukan mandat yang besar daripada rakyat Sarawak supaya saya boleh bersuara kepada kerajaan pusat untuk mendapatkan peruntukan yang besar untuk memajukan negeri Sarawak serta menuntut supaya kuasa autonomi negeri kita dikembalikan kepada kita,” tegas Adenan. – BERNAMA

Tags: Adenan Satemsarawak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pengawal Keselamatan Didenda RM1,000 Kerana Cederakan Bekas Kekasih

Next Post

Momentum Pertumbuhan Industri Halal Perlu Dikekalkan

Related Posts

Sarawak Mahu Bangunkan Model AI Sendiri – Abang Johari

Sarawak Mahu Bangunkan Model AI Sendiri – Abang Johari

08/02/2025
0

KUCHING : Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berhasrat untuk membangunkan Model Bahasa untuk Aplikasi Dialog (LaMDA) bagi...

Mangsa Banjir Di Sabah, Sarawak Meningkat, Bintulu Paling Terjejas

Mangsa Banjir Di Sabah, Sarawak Meningkat, Bintulu Paling Terjejas

31/01/2025
0

KUALA LUMPUR - Banjir di Sabah dan Sarawak terus merekodkan peningkatan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS)...

Next Post

Momentum Pertumbuhan Industri Halal Perlu Dikekalkan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd