• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tangani Isu Muhyiddin, Mukhriz Dengan Pendekatan Kasih Sayang

oleh Ahmad Albab
07/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berpendapat parti perlu menggunakan pendekatan ‘kasih sayang’ dalam menangani isu anggota dan kepimpinan parti yang menandatangani deklarasi bagi menyokong penyingkiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berpandangan tindakan menghukum atau mengetepikan mana-mana pihak tidak akan menyelesaikan masalah yang sedang membelenggu parti.

“Kalau kita ketepikan mana-mana pihak, pasti tidak selesai masalah, nak selesai kita kena ambil pendekatan ‘kasih sayang’.

“Yang lain serahkan pada agensi yang bertanggungjawab mengadilinya. Kalau rakyat semua jadi hakim, (akan timbul) masalah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Pertama, Parlimen ke-13, di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan segelintir anggota dan pemimpin UMNO yang mahu tindakan pecat diambil ke atas Ketua UMNO Bahagian Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua UMNO Bahagian Jerlun Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir yang menandatangani deklarasi itu yang diketuai bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat lepas.

Ditanya mengenai usaha menggulingkan Najib sebagai presiden UMNO dan perdana menteri, Shahidan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata perkara tersebut hanya boleh dibuat melalui proses demokrasi di Parlimen.

“Kena ingat ini negara demokrasi berparlimen, jadi yang boleh jatuhkan PM (perdana menteri) itu di Parlimen. Dalam parti, parti boleh buat keputusan mengenai presiden,” katanya.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tindakan terhadap anggota parti yang telah menandatangani deklarasi itu hanya boleh diputuskan oleh Majlis Tertinggi (MT).

“Saya secara peribadi telah menerima bermacam-macam desakan daripada akar umbi supaya tindakan diambil terhadap kumpulan ini, tetapi hakikatnya, MT yang perlu buat keputusan,” kata Menteri Pertahanan dan anggota Parlimen Sembrong itu.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menegaskan setakat ini tiada keperluan untuk membubarkan Parlimen.

Anggota Parlimen Santubong itu berkata rakyat dan anggota Parlimen masih lagi mempercayai kepimpinan Najib selaku perdana menteri, dan pentadbiran serta ekonomi negara masih teratur berbanding negara-negara lain.

“Pada masa sekarang pun apa yang berlaku belum mengatakan negara ini dalam kucar kacir (yang) memerlukan dewan dibubarkan dan mengadakan pilihan raya,” katanya.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Shapie Apdal pula berkata MT perlu meneliti secara mendalam gesaan supaya tindakan daimbil terhadap pemimpin dan anggota parti yang menyertai ‘deklarasi Mahathir’ sebelum membuat sebarang keputusan.

Beliau yang mengakui menyokong deklarasi itu, namun belum menandatanganinya berkata walaupun MT mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan hukuman namun ia perlu melalui proses tertentu sebelum keputusan diambil.

“UMNO ada jawatankuasa disiplin, serendah-rendah jawatan dalam UMNO jika mahu diambil tindakan perlu diteliti, dipanggil dan disiasat terlebih dahulu.

“Bukan hanya MT mengemukakan pandangan kepada Setiausaha Agung dan kemudian jatuh hukum begitu sahaja, harus mengikut peraturan sepatutnya,” katanya. – BERNAMA

Tags: Mukhriz Mahathir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ibu, Bayi 7 Bulan Maut Kemalangan Di Ampang

Next Post

Laporan Akhir Audit 1MDB Dokumen Rahsia Sehingga Dibentang

Related Posts

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

12/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Selepas lebih seminggu episod menuding jari, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mendakwa...

Najib Sekolahkan Mukhriz

04/05/2021
0

Jika RM33b dana BNM tak lesap masa ayah kamu dan kesemua dimasukkan dalam tabung KWAN dengan purata pulangan 6.3% setahun...

Next Post

Laporan Akhir Audit 1MDB Dokumen Rahsia Sehingga Dibentang

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd