• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Isteri Cari Cincin RM1.6 Juta Terbuang Dalam Loji Sampah

oleh
22/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON DC – Satu pasangan suami isteri dari St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat, Bernie dan Carla Squitieri, terpaksa berjuang dalam kawasan pelupusan sampah demi mencari cincin yang tidak sengaja terbuang.

Ia sebenarnya bukan cincin biasa, malah perhiasan tersebut adalah cincin perkahwinan bertatahkan berlian 12.5 karat, yang harganya sahaja boleh mencapai AS$400,000 (RM1.62 juta), lapor media tempatan pada Khamis.

Meskipun cincin mahal tersebut sudah diinsuranskan jika hilang atau dicuri, tetapi pasangan ini tetap meneruskan niat mereka sanggup mencari barang kemas berkenaan kerana nilai tinggi nostalgia dan sentimental di dalamnya.

“Saya sedang cuci tangan di sinki dapur, maka saya tanggalkan cincin itu. Lalu ketika saya hendak ambil tuala pengelap tangan, loceng di depan rumah pula berbunyi,” ungkap Carla dalam wawancara dengan stesen KMOV.

sampah1
Sebuah lori pengangkut sampah TPA Meridian Waste Services di St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat.

Wanita tersebut pada mulanya tidak langsung menyedari bahawa cincinnya telah terbuang ke dalam saluran tong pembuangan sampah domestik. Beberapa saat kemudian dia baharu mula menanyakan cincin itu kepada Bernie.

“Saya beritahu isteri saya, pekerja syarikat pengutip sampah sudah pun pergi sekitar lima jam lalu,” ujar Bernie yang langsung segera menghubungi penyelia TPA Meridian Waste Services, ketika Carla pertama kali sedar hal itu.

“Pihak TPA Meridian mengatakan bahawa sampah tersebut telah diangkut ke Bridgeton iaitu lokasi pengelolaan sampah jenis radioaktif. Kami tidak boleh masuk ke sana, itu memang melanggar peraturan,” kata Bernie lagi.

Mujur Carla dan Bernie bernasib baik apabila mendapat peluang kesempatan kerana pengurusan TPA Meridian bersedia mengalihkan lokasi pelupusan sampah dari kawasan perumahan mereka itu ke tempat baharu yang lain.

sampah
Carla Squitieri (tengah) dan suaminya, Bernie (kanan) ditemani Joe Evans (kiri) selepas berjaya menemui cincin perkahwinan mereka.

Pasangan ini pun bergegas melakukan usaha pencarian. Seorang petugas dari TPA Meridian, Joe Evans juga tampil membantu kedua-dua suami isteri itu untuk mengais-ngais longgokan sampah yang menjulang tinggi.

“Apa yang saya fikirkan pertama kali, kami tidak akan pernah dapat menemui semula cincin tersebut. Ini bagaikan mencari sebilah jarum halus dalam segunung timbunan jerami rumput kering,” kata Joe kepada portal UPI.com.

Namun demikian, ketika mereka sudah hampir berputus asa, ternyata Joe-lah yang berjaya menjumpai kembali cincin tersebut, dan menyerahkannya kepada Carla sambil disaksikan Bernie dalam suasana cukup mengharukan.

“Itu menjadi seumpama rezeki terbesar buat diri saya sekeluarga,” ungkap Carla. Untuk rekod, timbunan sampah-sarap yang mereka bertiga terpaksa geledah itu sebenarnya seberat lapan tan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: cincinSampah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

NGO Buat Laporan SPRM Isu Rumah ‘Murah’ Lim Guan Eng

Next Post

Puntung Rokok Bukan Punca Utama Kebakaran Terbuka

Related Posts

Bomba Bantu Potong 2 Cincin Tersangkut Pada Kemaluan Lelaki

Bomba Bantu Potong 2 Cincin Tersangkut Pada Kemaluan Lelaki

16/11/2024
0

Sungai Petani : Pasukan Bomba dipanggil untuk membantu memotong dua cincin yang tersangkut pada kemaluan seorang lelaki di Hospital Sultan...

Cincin Di Jari Manis Bawa Derita

04/05/2021
0

BALIK PULAU - Seorang lelaki terpaksa meminta bantuan anggota bomba selepas cincin di jari manis kanannya tersangkut dan gagal ditanggalkan....

Next Post

Puntung Rokok Bukan Punca Utama Kebakaran Terbuka

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd