• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seniwati Neng Yatimah Meninggal Dunia Di Singapura

oleh
19/03/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Seniwati veteran terkenal zaman filem Studio Jalan Ampas Singapura iaitu Neng Yatimah, atau nama sebenarnya ialah Buntat Ahmad, dilaporkan meninggal dunia pada pagi Sabtu (19 Mac 2016).

Berita sedih ini disahkan sendiri kepada agensi tempatan Mediacorp. Singapura oleh seorang penulis blog republik tersebut yang dikatakan memang agak rapat dengan ramai artis Melayu tanah air, Ukhti Aminah.

Menurut beliau, Neng Yatimah selamat pulang ke Rahmatullah pada pukul 10.10 pagi dan jenazah aktres ini kemudian dibawa ke tanah perkuburan Islam di Pusara Abadi di Jalan Lim Chu Kang sebelum dikebumikan.

Bintang filem ‘air mata’ ini meninggal dalam usia 92 tahun di Hospital Khoo Teck Puat di Yishun Central kerana sakit tua selepas dimasukkan ke situ dua hari lalu dan menghembuskan nafas terakhir di sisi anggota keluarganya.

Allahyarhamah dilahirkan pada 1924 di Singapura, mula aktif dalam lakonan ketika usia 19 tahun dan merupakan pelakon wanita hebat Melayu era 1950-an sehingga 1960-an yang terkenal membintangi banyak filem klasik.

Antaranya ialah Takdir Ilahi, Nilam, Air Mata Duyung, Jiran Sekampung, Laila Majnun, Lela Satria, Batu Belah Batu Bertangkup, Seri Mersing, Rachun Dunia, Patah Hati dan filem terakhirnya, Mama Oh Mama pada 1981.

neng yatimah1
Neng Yatimah bergambar dengan suaminya, Jasni Ahmad yang dinikahinya pada usia 14 tahun. – Gambar Arkib

Beliau pernah menerima Anugerah Pelakon Veteran dalam Festival Filem Malaysia ke-13 pada 1997 dan juga merupakan ahli Persatuan Seniman yang menggunakan nama Buntat Binte Ahmad bernombor keahlian 1935.

Neng Yatimah yang memulakan kerjaya dalam bidang seni pada 1949, sebelum ini dilaporkan semakin uzur serta mengalami masalah jantung dan barah kolon. Allahyarhamah dilaporkan dijaga cucu saudaranya di Singapura.

Anak perempuan tunggal beliau ialah seniwati Roseyatimah atau nama penuhnya ialah Rosnah Jasni dengan menantunya itu pula merupakan seniman terkenal di Malaysia iaitu Datuk Mustapha Azahari Maarof.

Kedua-duanya itu telah pun meninggal dunia masing-masing pada 1987 dan 2014 lalu. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat-Nya ke atas roh beliau. Inna lillah wa inna ilaihi rojiun. - Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Neng YatimahSingapura
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PM Najib Tekad Terus Berjuang Pertahan Kepimpinannya

Next Post

Guan Eng Diminta Jawab Tuduhan Isu Rumah Banglo Murah

Related Posts

Malaysia, Singapura Meterai MOU Cegah, Tangani Jenayah Rentas Sempadan

Malaysia, Singapura Meterai MOU Cegah, Tangani Jenayah Rentas Sempadan

14/11/2024
0

SINGAPURA - Malaysia dan Singapura menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada Khamis untuk memperhebat usaha membanteras jenayah rentas sempadan seperti pemerdagangan...

Aliff Lebih Banyak Luang Masa Berehat Dengan Keluarga Di Singapura

Aliff Lebih Banyak Luang Masa Berehat Dengan Keluarga Di Singapura

03/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Aliff Aziz mengaku lebih banyak meluangkan masa dengan keluarga di Singapura dan berehat sebelum memutuskan untuk kembali...

Next Post

Guan Eng Diminta Jawab Tuduhan Isu Rumah Banglo Murah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd