• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saya Tetap Istiqamah Dan Fokus Jalankan Pentadbiran

oleh Ahmad Albab
17/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan beliau dan rakan-rakan dalam Barisan Nasional (BN) akan tetap beristiqamah dan fokus dalam menjalankan pentadbiran walau apapun serangan politik yang diterima.

“Walau apapun serangan, kita (BN) jangan hilang hala tuju, jangan hilang fokus. Kita tetap komited untuk laksanakan pelan kalau kita berjaya dan diiktiraf di peringkat antarabangsa,” katanya menjawab soalan tambahan Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) di Dewan Rakyat hari ini.

Annuar dalam soalan tambahannya bertanya adakah Najib sedar beliau berhadapan dengan tekanan dan kempen benci yang rancak dijalankan serta apakah pendirian perdana menteri berhubung perkara itu.

Najib berkata beliau sedar dan tidak hairan dengan apa yang berlaku terhadapnya dan akan terus komited melaksanakan pelan ekonomi yang dirancang.

“Kalau kita terus istiqamah dan konsisten, lambat laun rakyat akan hargai usaha yang dilakukan oleh kerajaan,” katanya.

Najib dalam masa sama turut menyatakan perbandingan berhubung apa yang berlaku terhadap dirinya kini dengan apa yang pernah berlaku kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Bila Tun Mahathir jadi Perdana Menteri pun macam-macam gelaran yang dilemparkan kepada beliau seperti mahazalim, mahafiraun dan lain-lain, tapi sekarang ni (boleh) duduk bersama pembangkang pula,” katanya.

Najib berkata beliau bertanggungjawab kepada rakyat dan akan menjawab semua tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau apabila siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selesai dilakukan.

“Saya serahkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) tentang 1MDB malah (isu) RM2.6 bilion juga, ada proses yang ditentukan pihak berkenaan. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan kerana proses akauntabiliti akan tetap diteruskan,” kata Najib. – BERNAMA

Tags: Najib Tun RazakUMNO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Remy Ishak Hilang Kereta Mitsubishi Triton

Next Post

‘Gadis Pintar’ Dikritik, Tak Kenal Mother Teresa & Mahatma Gandhi

Related Posts

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

13/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menerima nasihat yang diberikan...

‘UMNO Tiada Kaitan Dengan Wang Tunai, Jongkong Emas Dirampas SPRM’ – Asyraf Wajdi

‘UMNO Tiada Kaitan Dengan Wang Tunai, Jongkong Emas Dirampas SPRM’ – Asyraf Wajdi

06/03/2025
2

KUALA LUMPUR: UMNO menegaskan, parti itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penemuan sejumlah besar wang tunai dan jongkong emas di...

Next Post

'Gadis Pintar' Dikritik, Tak Kenal Mother Teresa & Mahatma Gandhi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd