• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarawak Perlu Lebih Banyak Rumah Mampu Milik, Kata Adenan

oleh Ahmad Albab
12/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Sarawak memerlukan lebih banyak rumah mampu milik yang murah dan selesa untuk didiami, kata Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem.

Katanya, ini kerana dengan pertambahan bilangan penduduk di negeri ini, permintaan untuk rumah kediaman juga turut bertambah.

Sehubungan itu beliau menggesa kerajaan pusat menerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) dan Perbadanan Pembangunan Perubahan (HDC) Sarawak membina lebih banyak rumah mampu milik bagi menampung permintaan tinggi di Sarawak.

Menurut Adenan harga rumah di Sarawak seharusnya lebih murah berbanding di negeri-negeri lain kerana Sarawak masih mempunyai tanah yang luas dan murah.

Dengan program pembinaan rumah mampu milik, ia dapat mengurangkan komuniti setinggan, katanya ketika berucap pada majlis perasmian ekspo rumah PR1MA@Sarawak oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.

Sementara itu, Adenan mengulangi ucapan penghargaan beliau kepada Najib kerana menjadi Perdana Menteri yang paling kerap melawat negeri Sarawak, iaitu 46 kali dalam tempoh enam tahun.

“Walaupun ekonomi negara merosot sedikit berikutan kejatuhan harga minyak tetapi peruntukan yang disalurkan kerajaan pusat untuk projek pembangunan di Sarawak bernilai berbilon-bilon ringgit,” katanya.

Katanya ini membuktikan perdana menteri mengambil berat tentang Sarawak dan rakyat negeri ini. – BERNAMA

Tags: Adenan SatemPR1MA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

10 GRO Warga Asing Ditahan Di Pusat Hiburan

Next Post

Cadangan Buka Pusat Sehenti Ibu Tunggal Di Semua UTC

Related Posts

Pembeli PR1MA Seremban Boleh Masuk Rumah 1 Jun Ini – PM

Pembeli PR1MA Seremban Boleh Masuk Rumah 1 Jun Ini – PM

07/05/2023
0

SEREMBAN: Seramai 891 pemilik unit Perumahan 1Malaysia (PR1MA) Residensi Seremban Sentral di sini yang sebelum ini membantah tindakan pemaju gagal...

Rakyat Malaysia Tanpa Slip Gaji, Kini Lebih Mudah Buat Pinjaman Perumahan – PM

04/03/2022
0

JOHOR BAHRU: Golongan Keluarga Malaysia yang tidak mempunyai slip gaji, kini boleh membuat pinjaman untuk membeli rumah idaman masing-masing, kata...

Next Post

Cadangan Buka Pusat Sehenti Ibu Tunggal Di Semua UTC

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd