• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sambutan Earth Hour Di Plaza Sungei Wang Meriah

oleh Ahmad Albab
19/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suasana malap selama sejam di sekitar pusat beli-belah Plaza Sungei Wang di sini sempena program ‘Earth Hour 2016’, diserikan dengan pelbagai aktiviti dan persembahan menarik buat para pengunjung.

Sebaik sahaja lampu di beberapa kawasan ini ditutup tepat 8.30 malam, beberapa pekerja pusat beli-belah itu menyalakan lebih 100 lilin di hadapan pintu masuk utama sebagai simbolik solidariti menyokong usaha melindungi bumi daripada pemanasan global.

Sementara kawasan itu bergelap, para pengunjung dihiburkan dengan persembahan memukau band tempatan IamNEETA, beatboxing serta tarian lampu LED dan aktiviti Hand Wax dan lukisan muka.

Pengurus Plaza Sungei Wang Yuen May Chee berkata Earth Hour merupakan acara tahunan pusat beli-belah itu sebagai tanda prihatin terhadap situasi semasa alam sekitar.

Sementara itu, program Earth Hour juga diadakan di Planetarium Negara di sini dengan menampilkan tayangan perdana filem “To Space and Back” selain peserta menyalakan tanglung ketika aktiviti ‘Night Walk’. – BERNAMA

Tags: Earth Hour
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Melaka Diminta Jayakan Kempen Earth Hour

06/02/2018
0

MELAKA - Rakyat Melaka diminta bersama-sama memainkan peranan dalam menjayakan kempen menangani pemanasan global ‘Earth Hour’ dengan menutup lampu di...

Earth Hour Disambut Di Seluruh Dunia

30/03/2015
0

LONDON – Lebih 700 lokasi terkenal di seluruh dunia termasuk Big Ben dan London Eye di sini memadamkan lampu malam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd