• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saksikan ‘Live’ 9 Peserta Bersaing Hebat PABM 2016 Di TV2

oleh
25/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DEBARAN semakin terasa apabila sembilan peserta finalis bakal mempersembahkan kepetahan masing-masing dalam pusingan akhir pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2016 pada malam 25 Mac.

Bakal disiarkan secara langsung menerusi TV2 RTM jam 9 malam ‘live‘ dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), acara tahunan ini dimeriahkan dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bermula 21 Mac lalu dengan disertai 48 peserta, pusingan akhir menyaksikan hanya tiga peserta terbaik bersaing masing-masing dalam tiga kategori iaitu Antarabangsa, Alam Melayu dan Pelajar Antarabangsa di Malaysia.

Peserta finalis dari China, Wang Jialu atau nama Melayunya, Aleeya selain cabaran jirannya, Hatsune Yanai dari Jepun dan Megan Rose Donnelly dari Amerika Syarikat (AS) akan berentap hebat dalam kategori antarabangsa.

Kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia ialah Nasear Slayman dari Kemboja mewakili Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Abdalla Hassan Ghorib (Tanzania – Universiti Malaysia Sarawak) dan Anas Muhammad Husain Kassim (Iraq – Universiti Malaysia Pahang).

Manakala untuk kategori Alam Melayu yang juga disebut Nusantara akan disertai oleh dua peserta tuan rumah, Muhammad Haziq Jamaludin dan Irfan Mohammad Fairus selain peserta dari Thailand iaitu Mohammad Sa’mae.

SAM_6076
(Dari kiri): Hatsune Yanai (Jepun), Wang Jialu atau nama Melayunya, Aleeya (China) dan Megan Rose Donnelly (AS).
SAM_6074
(Dari kiri): Nasear Slayman (Kemboja – UIAM), Abdalla Hassan Ghorib (Tanzania – UNIMAS) dan Anas Muhammad Husain Kassim (Iraq – UMP).
SAM_6085
(Dari kiri): Irfan Mohammad Fairus (Malaysia), Mohammad Sa’mae (Thailand) dan Muhammad Haziq Jamaludin (Malaysia).

Johan setiap kategori akan menerima Piala Pusingan Piala Perdana Menteri, piala iringan, wang tunai RM20,000, hadiah iringan dan sijil. Naib johan pula memperoleh piala iringan, wang tunai RM12,000, hadiah iringan dan sijil manakala tempat ketiga membawa pulang piala iringan, wang tunai RM8,000, hadiah iringan dan sijil.

Pertandingan hasil cetusan ilham Najib ini dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka, Majlis Debat Universiti Malaysia serta Majlis Kebudayaan Universiti Malaysia.

Bertemakan ‘Pengantarabangsaan Bahasa Melayu’ penganjuran PABM adalah simbolik bahawa Bahasa Melayu telah menyerantau ke seluruh dunia; selain bukti pihak kerajaan tidak pernah meminggirkan bahasa kebangsaan.

Malah PABM 2016 yang kini sudah genap memasuki tahun ke-10 penganjurannya membuktikan pengaruh aura pertandingan ini semakin berjaya memperkasa martabat bahasa Melayu ke seluruh dunia. – Mynewshub.cc/HAA

Tags: pabm
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PABM: Peserta Jepun Juarai Kategori Antarabangsa

27/07/2017
0

PUTRAJAYA - Peserta Jepun, Lisa Shimazaki menepati ramalan memenangi kategori Antarabangsa pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri (PABM)...

PABM Angkat Bahasa Melayu Bertaraf Dunia – PM

27/07/2017
0

PUTRAJAYA - Hasrat negara untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa semakin menjadi kenyataan apabila setiap tahun Pertandingan Pidato Antarabangsa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd