• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siti Nurhaliza Jual Baju ‘Preloved’ Miliknya Serendah RM100

oleh AK-47
01/04/2016
dalam Artis, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGI yang ingin bergaya persis penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza, barangkali ini adalah peluang yang terbaik.

Ini kerana penyanyi kelahiran Pahang itu mengambil keputusan menjual lebih 50 helai pakaian miliknya yang pernah digayakan pada majlis-majlis hiburan.

Menurut Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin, 37, dia menjual pakaian tersebut secara berperingkat sejak dua minggu lalu menerusi akaun Instagram khas iaitu @prelovedctdk11.

Untitled

Jelasnya, penjualan pakaian ‘preloved‘ miliknya itu dibuat kerana mahu menyusun semula bilik persalinannya dengan koleksi pakaian terbaharu.

“Saya sifatkan ini adalah jualan, bukan lelongan sebab itulah saya muat naik di Instagram. Penjualan ini terbuka kepada sesiapa yang berminat.

“Saya juga mengakui perlu mengasingkan baju yang masih saya pakai dan yang sudah tidak dipakai untuk mengatur semula bilik pakaian saya.

“Kerjaya saya ini (sebagai penyanyi) akan membuatkan pakaian yang dipakai selalu berganti dan saya perlu ruang untuk baju-baju yang baru,” ujarnya kepada mStar Online.

siti-nurhaliza

Selain itu, Siti memberitahu, kebanyakan baju yang dijual masih berada dalam keadaan baik dan hanya dipakai sekali atau dua pada majlis-majlis tertentu.

Pakaian tersebut dijual dengan harga paling berpatutan serendah RM100.

Antara jenama pakaian yang dijual ialah daripada pereka fesyen Ezuwan Ismail, Michael Ong, Rizman Ruzaini dan Bernard Chandran. – MYNEWSHUB.CC

Tags: siti nurhaliza
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pakai Jam Tangan Mewah Jutaan Ringgit, Siti Memang Layak

08/11/2021
0

PETALING JAYA – “Dia layak memakainya.” Itu antara respons orang ramai mengenai video tular memaparkan penyanyi nombor satu negara, Datuk...

Siti Nurhaliza, Suami Dikompaun RM10,000 Setiap Seorang

27/05/2021
0

SHAH ALAM - Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa masing-masing...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd