• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM1 Bilion Pertingkat Keselamatan Sempadan Negara

oleh Ahmad Albab
31/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) menerima tujuh cadangan berhubung penggunaan aset sama ada berbentuk teknologi dan pembinaan atau kombinasi kedua-duanya bagi mempertingkatkan aspek keselamatan di sempadan utara Semenanjung, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, cadangan itu yang membabitkan perbelanjaan yang besar itu akan diserahkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN), sebuah agensi di bawah kementeriannya untuk diteliti sebelum dikemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Kementerian Kewangan.

“Perlu dikaji adakah untuk menjadi aset kekal, aset teknologi atau kombinasi kedua-duanya.

Apakah bentuk pembiayaan yang akan digunakan kerana ia membabitkan kos yang cukup tinggi,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan menjangkakan sekurang-kurangnya RM1 bilion diperlukan bagi menyediakan kemudahan untuk mengawal keselamatan sempadan di utara Semenanjung saja.

Untuk itu, katanya, EPU dan Kementerian Kewangan perlu merangka mekanisme pembayaran untuk projek berkenaan, sama ada secara bayaran tertangguh atau meneliti kaedah lain, termasuk membabitkan perkongsian pihak swasta dan awam.

“Kita berharap projek mempertingkatkan keselamatan di sempadan negara ini dapat dilaksanakan seberapa segera,” katanya sambil menambah, pendekatan yang sama akan dilaksanakan di Sabah dan Sarawak selepas ini. – Berita Harian

Tags: Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Laluan LPT2 Akan Ditambah Baik Dengan Ciri Mesra Hidupan Liar

Next Post

Syarat Mizz Nina Jadi Hos Program, Solat Di Awal Waktu

Related Posts

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Gabungan parti dalam kerajaan MADANI, khususnya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), perlu disertai dengan kerjasama erat...

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

13/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menerima nasihat yang diberikan...

Next Post

Syarat Mizz Nina Jadi Hos Program, Solat Di Awal Waktu

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd