• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyerang Berani Mati Letupkan Padang

oleh Ahmad Albab
27/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDARIYAH (Iraq) – Seorang penyerang berani mati meletupkan dirinya di padang bola sepak di sebuah perkampungan menyebabkan 32 terbunuh.

Seorang kapten polis dari kampung Al-Asriya berkata: “Penyerang berani mati itu meletupkan diri ketika acara penyampaian piala kepada pemenang.”

Kampung itu terletak berhampiran Iskandariyah, kira-kira 40 kilometer di selatan Baghdad.

Penyerang itu yang dipercayai remaja meletupkan dirinya ketika acara penyampaian piala pada akhir perlawanan di Al-Asriya.

Saksi, Ali Nashmi, 18, berkata, penyerang itu menolak orang ramai ke tengah padang ketika Datuk Bandar, Ahmed Shaker, menyampaikan piala.

Ahmed turut maut dalam kejadian berkenaan bersama seorang pengawal peribadinya selain sekurang-kurangnya lima anggota keselamatan bersamanya.

Daish membuat kenyataan di media sosial tidak lama selepas itu mengaku bertanggungjawab atas serangan itu selain memuat naik gambar penyerang terbabit – dikenali sebagai Saifullah al-Ansari – yang juga nampak masih berusia remaja.

Seorang lagi saksi, Haidar Kadhem, 20, berkata: “Saya cuma berdiri 50 meter dari tempat letupan. Kebanyakan yang ada di situ golongan muda dan saya melihat mereka semua bertaburan. Ada yang mati, ada yang cedera dan menangis meminta bantuan. Keadaan kelam-kabut.”

Seorang pegawai kesihatan wilayah Babil mengesahkan jumlah kematian.

“Tujuh belas mangsa maut adalah kanak-kanak lelaki berusia antara 10 hingga 16 tahun,” katanya.

Dalam video disebarkan di media sosial, Ahmed dilihat membuat ucapan di meja dipenuhi piala dan memanggil nama seorang pemain sebelum letupan besar berlaku. – AFP/myMetro Online

Tags: DaeshIraq
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

‘Malaysia Tak Gentar Ancaman Bom’ – Zahid Hamidi

Konflik Palestin-Israel: Iran Desak Zionis Henti Serangan Sebelum Terlambat

15/10/2023
0

TEHERAN – Iran semalam mengeluarkan amaran baharu kepada Israel yang mendesak agar Rejim Zionis menghentikan serangan ke atas Gaza sebelum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd