• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ramai Berdosa Sebar Hadis Palsu Di Media Sosial – Mufti Perlis

oleh Ahmad Albab
12/03/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ramai umat Islam negara ini terlibat dengan dosa kerana didapati cuba menyebarkan hadis palsu yang dimurkai Allah S.W.T melalui media sosial termasuk laman Facebook dan aplikasi Whatsapp.

Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin dalam satu kenyataan semalam berkata, tindakan menyebarkan hadis palsu tanpa menerangkan tentang perihal kepalsuannya itu merupakan satu dosa yang amat besar.

“Bukan sahaja mengadakan hadis palsu itu dosa besar, menyebarkannya juga berkongsi dosa besar yang sama. Dalam era teknologi ini, begitu mudah sesuatu hadis palsu itu tersebar.

“Menerusi sms, e-mel, Facebook, Twitter dan pelbagai lagi, ramai terlibat dengan kegiatan dosa sebar hadis palsu ini. Beberapa klik tanpa penelitian boleh bawa anda jadi pendusta yang guna nama Allah dan Rasul,” tegasnya.

Mohd. Asri berkata, kesan daripada penyebaran hadis palsu amat berbahaya kerana mereka yang terpedaya dengan penipuan tersebut akan mengamalkan sesuatu yang disangkakan bersumber dari Tuhan.

Katanya, jika isi hadis palsu itu bercanggah dengan fakta atau sesuatu yang ‘lekeh’ maka Tuhan ataupun RasulNya akan dipersalahkan, sekali gus boleh menghilangkan keimanan manusia terhadap ajaran agama.

Justeru, kata Mohd. Asri, Islam mengharamkan perbuatan mengadakan hadis palsu seperti penegasan nabi “Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka”

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati apabila menerima maklumat di media sosial kerana pembaca Internet sangat terdedah kepada pelbagai sumber hadis palsu.

“Jika pun mereka tidak dapat memutuskan kedudukan hadis-hadis tersebut, sekurang-kurangnya mereka akan menangguhkan dulu sebelum mempercayainya sehingga ternyata kedudukannya,” kata beliau.

Mohd. Asri turut memberi contoh hadis palsu seperti “Terung itu ubat bagi segala” dan “Hendaklah kamu memakan kacang dal kerana ia berkat serta melunakkan jantung hati”. – mynewshub.cc

Tags: Hadis palsuMufti Perlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apakah Undang-Undang Hanya ‘Cengih’ Untuk Yang Beragama Islam Sahaja? – Mufti Perlis

Apakah Undang-Undang Hanya ‘Cengih’ Untuk Yang Beragama Islam Sahaja? – Mufti Perlis

14/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Mohd. Asri Zainul Abidin mempersoalkan sama ada undang-undang di negara ini dilihat hanya...

Mufti Perlis Bimbang Anasir Hindutva Di India Menular Ke Malaysia 

Mufti Perlis Bimbang Anasir Hindutva Di India Menular Ke Malaysia 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menzahirkan kebimbangan terhadap kemungkinan pengaruh pengganas gerakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd