• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Thailand Paling Ramai Peluk Islam

oleh Ahmad Albab
02/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Rakyat Thailand merupakan golongan paling ramai memeluk Islam menerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Perlis seperti yang didaftarkan setakat akhir tahun lepas.

Pegawai Perkim Perlis, Abd. Rahim Abdullah berkata, seramai 693 rakyat negara jiran itu iaitu 621 wanita dan 72 lelaki didaftarkan pihaknya daripada 1,572 saudara baru.

“Tahun lepas sahaja seramai 20 wanita dan seorang lelaki rakyat Thailand memeluk Islam,” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut sejak bila pendaftaran itu dibuat.

Abd. Rahim berkata faktor ramai wanita Thailand memeluk Islam adalah kerana berkahwin dengan lelaki tempatan kebanyakannya di Perlis.

Menurut Abd. Rahim, kaum Cina yang memeluk Islam menduduki tempat kedua iaitu seramai 19 orang diikuti India (empat), Siam Malaysia (dua), seorang bangsa Eropah dan 16 kaum-kaum lain.

Beliau berkata, Perkim Perlis memberi bimbingan asas mengenai Islam khususnya ibadat wajib seperti sembahyang, berpuasa, zakat dan fardu haji kepada saudara baharu itu.

Selain itu, katanya mereka turut dibimbing membaca al-Quran manakala 128 orang diberi bantuan modal tanpa faedah untuk menjalankan perniagaan dan bayaran bulanan dibuat mengikut kemampuan. – BERNAMA

Baca: 1,000 Orang Memeluk Islam Setahun Di Singapura

Juga: 1,000 Memeluk Islam Setiap Tahun Di Malaysia

Tags: Perkim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perkim Perlis Anggar Belanja Lebih RM1.4 Juta Tahun Depan

19/11/2018
0

KANGAR - Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Perlis menganggarkan lebih RM1.4 juta akan dibelanjakan bagi menjalankan pelbagai aktiviti kebajikan untuk...

“Hentikan Fitnah Kononnya Saya Murtad!”- Wanita Mualaf

25/07/2017
0

BERITA yang sering tular tanpa kesahihan merupakan satu hal yang perlu dipandang serius pada masa kini. Lagi-lagi jika berita palsu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd