• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Buka Kertas Siasatan Siasat Kes Kematian Di Batu Gajah

oleh Ahmad Albab
25/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Pihak polis telah membuka kertas siasatan bagi mengenal pasti punca kematian seorang wanita dalam kes makanan beracun di sebuah gerai makan di Siputeh, Batu Gajah awal bulan ini.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata setakat ini kertas siasatan itu adalah di bawah kes ‘mati mengejut’.

Selain itu beliau berkata pihaknya turut membuka kertas enkuari polis bagi membolehkan siasatan dijalankan secara terperinci termasuk mengenal pasti jika wujud sebarang unsur jenayah dalam kes berkenaan.

“Kita akan dapatkan laporan daripada Jabatan Kimia tentang apakah bahan yang menjadi racun kepada mangsa sehingga dia meninggal dunia,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Polis Ke-209 peringkat negeri di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Perak di sini hari ini.

Rabu lepas Hawa Buyong, 46, yang dimasukkan ke hospital sejak 4 Mac lepas meninggal dunia kira-kira pukul 11.25 malam di Unit Rawatan Rapi Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini yang dilapor berpunca akibat komplikasi ekoran oksigen tidak dapat mengalir dengan secukupnya ke otak mangsa.

Dalam perkembangan lain Hasnan berkata statistik indeks jenayah di Perak mencatatkan peningkatan sebanyak 210 kes bagi tempoh 1 Jan hingga 24 Mac.

Beliau berkata sebanyak 1,538 kes dicatatkan sepanjang tempoh tersebut, berbanding 1,328 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

“Antara kes yang menyumbang kepada peningkatan indeks jenayah ialah kes curi motosikal iaitu sebanyak 522 kes, kes pecah rumah 254 kes serta lain-lain 262 kes,” katanya. – BERNAMA

Tags: keracunan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

20 Pelajar Keracunan Lepas Minum ‘Spirit’

20 Pelajar Keracunan Lepas Minum ‘Spirit’

09/06/2023
0

KOTA MARUDU – Seramai 20 pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah kebangsaan di Pitas dimasukkan ke hospital akibat keracunan makanan...

Karbon Monoksida Pembunuh Senyap

18/09/2020
0

KUALA LUMPUR - Keracunan karbon monoksida boleh terjadi walaupun dalam kuantiti yang sedikit dan ia adalah punca utama kecederaan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd