• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peserta PABM 2016 Teruja Naik Cruise Putrajaya

oleh AK-47
24/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KESEMUA 47 peserta Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2016 (PABM 2016) teruja berkongsi pengalaman menaiki kapal persiaran Putrajaya, hari ini.

Masing-masing melahirkan riak wajah teruja melihat seni bina dan keindahan pusat pentadbiran Malaysia yang tersergam indah di sepanjang laluan tasik tersebut.

Melusuri sepanjang tasik Putrajaya, kesemua peserta menaiki kapal persiaran Daun yang dikemudi seorang kapten kapal dan pembantunya yang memberikan pelbagai informasi menarik mengenai sejarah Putrajaya.

Peserta dari Republik Czech, Lukas Fort, berkata dia seronok dapat melakukan aktiviti santai selepas melalui peringkat saringan PABM 2016 yang baharu sahaja selesai sebentar tadi.

1
Peserta dari Republik Czech, Lukas Fort.

“Seronok naik cruise dengan rakan-rakan yang lain, di samping itu kami semua dapat menjamu mata melihat sendiri keindahan Putrajaya yang memang sangat cantik dan memukau mata memandang,” katanya.

Selain Lukas, peserta dari Itali, Giuseppina Monaco turut berkongsi perasaan gembira dapat menaiki pelayaran dengan suasana yang cukup tenang dan mendamaikan selain persekitaran Putrajaya yang sangat segak mata memandang.

“Seronok sangat, memang betul-betul cantik, saya pasti akan datang kembali melawat Putrajaya, kali ini mungkin saya akan bawa kawan-kawan dan ahli keluarga saya juga, siapa tahu kan?” katanya teruja.

2
Masing-masing cukup teruja dan tak sabar mahu menaiki Cruise Putrajaya.
3
Peserta PABM cukup teruja menikmati pengalaman menaiki kapal mengelilingi Tasik Putrajaya.

Peserta dari Afganistan, Palwasha Bakhteri pula berasakan Putrajaya mungkin boleh disenaraikan antara salah satu keunikan di dunia berdasarkan keunikan seni bina bangunannya yang cukup unik dan menarik.

“Seni bina dia sahaja sudah cukup menarik kehadiran pelancong, tambah lagi dengan persekitaran sekitarnya yang cukup redup dan tenang. Memang antara destinasi wajib buat orang luar untuk datang ke Putrajaya sekiranya mereka melancong di Malaysia.

“Kalau tak datang sini, macam tak lengkap percutian anda di Malaysia!” katanya lagi.

Peserta dibawa mengelilingi sekitar tasik yang mengambil masa selama lebih kurang sejam sebelum dibawa menjamu selera di Restoran Tasik Putrajaya bagi merasai sendiri keunikan masakan Malaysia yang menjadi buah mulut masyarakat dunia. – MYNEWSHUB.CC

5
Peserta dari Maghribi, Youness Lahdili menghiburkan rakan-rakannya yang lain dengan dendangan lagu daripadanya.
6
Peserta PABM 2016 teruja mendengar informasi menarik mengenai Putrajaya.

Tags: pabmPutrajaya
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ritual ‘Raja Bomoh’ Bodoh, Membazir Tembikai – Dr Maza

Next Post

PABM 2016: Isi Pidato Lebih Penting Dari Gaya Persembahan

Related Posts

50 Peratus Penjawat Awam Di Putrajaya Obesiti – KSN

50 Peratus Penjawat Awam Di Putrajaya Obesiti – KSN

03/08/2024
0

Putrajaya : Masalah berat badan berlebihan atau obesiti membelenggu 50 peratus penjawat awam di Putrajaya, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan...

Khianat Tuang Minyak Atas Jalan, Laluan IOI Ke Presint 15, Putrajaya Licin

Khianat Tuang Minyak Atas Jalan, Laluan IOI Ke Presint 15, Putrajaya Licin

13/09/2023
0

PUTRAJAYA – Orang ramai yang melalui laluan dari pusat beli-belah IOI City Mall menuju ke Presint 15 dan 16, di...

Next Post

PABM 2016: Isi Pidato Lebih Penting Dari Gaya Persembahan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd