• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pertahankan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Perdana

oleh Ahmad Albab
30/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan akan terus mempertahankan bahasa Melayu sebagai bahasa perdana di negara ini walaupun bahasa Inggeris dan bahasa lain diberi ruang dalam sistem pelajaran teras negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata kerajaan juga tidak berganjak untuk terus menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar rasmi pendidikan di negara ini di semua peringkat.

Katanya usaha memartabatkan bahasa Melayu agar terus berkembang memerlukan perancangan yang tepat dan rapi serta menuntut masa yang panjang.

“Usaha ini juga memerlukan komitmen yang bersungguh-sungguh dalam kalangan kita, apalagi yang telah diberi tanggungjawab khususnya,” katanya pada majlis Malam Kemuncak Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2016, di sini hari ini.

Justeru, Najib menyarankan Kementerian Pendidikan Tinggi serta Dewan Bahasa dan Pustaka mempergiatkan kerjasama dengan beberapa institusi di luar negara dalam usaha mengembang selain memantapkan dunia keilmuan tamadun Melayu dan bahasa Melayu.

Najib berkata kerajaan telah menubuhkan beberapa Kursi Pengajian Melayu di universiti di luar negara sebagai usaha kerjasama bagi mengkaji pendekatan lain untuk memperluaskan penggunaan bahasa Melayu ke negara asing.

Katanya usaha mengantarabangsakan bahasa Melayu sebagai bahasa dunia memerlukan inisiatif dan prakarsa yang bersepadu serta inklusif.

Sehubungan itu, Najib menegaskan para pengamal bahasa Melayu harus memberi kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan dan agensinya untuk memperkasakan bahasa Melayu kepada masyarakat antarabangsa.

Dalam era teknologi maklumat dan komunikasi, Perdana Menteri berkata: “Kita harus bijak menggunakan segenap ruang dan peluang yang ada untuk sama-sama memperluas bahasa Melayu kepada masyarakat bukan penuturnya supaya bahasa Melayu dilihat dominan dan relevan untuk sepanjang zaman.”

Menurut beliau, bahasa Melayu telah pun diangkat sebagai satu daripada 10 bahasa utama dunia, dengan angka melebihi 300 juta orang penutur dan bahasa Melayu diberikan darjat yang tinggi sebagai bahasa kelima terbesar di dunia.

Mengenai pertandingan tersebut, Najib berkata ia bukanlah hanya berbentuk pertandingan semata-mata bahkan ia adalah asas yang kukuh untuk menjadikan bahasa Melayu bertaraf dunia supaya berkembang subur seiring dengan zaman.

“Sememangnya Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu ini bukanlah semata-mata mencari siapa yang paling petah berbicara, malah bukan juga untuk menjana keuntungan jika memenanginya.

“Akan tetapi, ini merupakan salah satu wadah terbaik untuk kita memperkenalkan intipati bahasa dan bangsa Melayu itu sendiri,” katanya. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razakpabm
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

1MDB Tegas Tak Sorok Sebarang Perkara Berkaitan Siasatan

Next Post

Hatsune Yanai Wakil Dari Jepun Johan PABM 2016

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

Next Post

Hatsune Yanai Wakil Dari Jepun Johan PABM 2016

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd