• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perkahwinan Anak Konglomerat Rusia Viral Di Laman Sosial

oleh AK-47
01/04/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERKAHWINAN mewah pelajar jurusan kedoktoran pergigian dari Universiti Perubatan dan Pergigian Moscow dengan anak jutawan minyak Rusia viral menerusi laman sosial.

Khadija Uzakhovs, 20; yang berasal dari Kazakhstan menjadi buah mulut penduduk negaranya apabila gambar dan video perkahwinannya dengan anak jutawan minyak Rusia, Said Gutseriev, 28; tersebar di laman sosial.

 

Remaja ini sebelum ini tidak dikenali ramai namun kini namanya meniti di bibir penduduk dunia. Perkahwinannya dengan Said mendapat title Wedding Of The Year kerana majlis perkahwinan yang mewah itu.

Menurut laporan dari Mail Online, perkahwinan itu mencecah hampir AS$1 juta (anggaran RM 3.9 juta). Perkahwinan ini diadakan di sebuah restoran mewah di Moscow dihiasi dengan juntaian bunga-bungaan segar dari atas siling sehinggalah ke lantai.

Dekorasi restoran pada majlis Khadija dan Said
Dekorasi restoran pada majlis Khadija dan Said

Turut menyerikan majlis itu adalah penyanyi-penyanyi terkenal antarabangsa seperti Jennifer Lopez, mempersembahkan lagu hitsnya If You Had My Love, Dance Again dan Get Right di samping beberapa persalinan mewah.

32A70D3B00000578-3514779-The_singer_joked_that_her_biggest_challenge_of_the_night_was_to_-a-14_1459301110775

Manakala Enrique Iglasias pula hanya tampil kasual dengan mengenakan seluar jean, baju-T dan topi baseball menyampaikan lagu Bailando.

Turut tidak ketinggalan Sting menyampaikan lagu popularnya Desert Rose disertai sekumpulan wanita serta beberapa artis lain.

Selain majlis yang gah itu, Khadija juga mencuri tumpuan hadirin dan dunia apabila mengenakan busana perkahwinan ala ratu yang menelan belanja sebanyak AS$25,000 (anggaran RM99,000).

Ia direka oleh pereka terkenal antarabangsa Elie Saab dan didatangkan khas dari Paris, Perancis.

Khadija dalam persalinan Elie Saab

Khadija yang tampil menarik dengan padanan beg tangan, tiara dan seutas rantai loket tampak elegen dengan baju yang dipakainya.

Ia nyata berbeza dengan kebiasaan pengantin yang tampil dengan memegang sejambak bunga di atas jinjang pelamin. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Kazakhstanmajlis perkahwinanRusia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

13/12/2025
0

BREAKING: Pakistan Mengeluarkan Protes Diplomatik Ke Atas Rusia Selepas Putin Tidak Hadir Pada Pertemuan Dengan PM Shehbaz Sharif Ashgabat, Turkmenistan...

TERKINI: Gempa Bumi Kuat Di Russia Cetus Tsunami Di Pasifik

TERKINI: Gempa Bumi Kuat Di Russia Cetus Tsunami Di Pasifik

30/07/2025
0

TOKYO: Satu gempa bumi terkuat yang pernah direkodkan telah melanda kawasan timur jauh Russia yang jarang didiami awal pagi tadi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd