• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peralihan Gabenor BNM Tak Gugat Keyakinan Pelabur

oleh Ahmad Albab
26/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Peralihan gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) tidak akan menggugat keyakinan pelabur, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong.

Beliau berkata pergerakan ringgit dan prestasi Bursa Malaysia banyak bergantung kepada faktor luaran akhir-akhir ini, berbanding dalam negara.

Harga minyak mentah, dasar Rizab Persekutuan AS (Fed) mengenai kadar faedah, dan keadaan ekonomi China akan terus menjadi faktor utama yang mempengaruhi keyakinan pelabur terhadap ringgit dan pasaran ekuiti tempatan.

“Peralihan gabenor BNM dijangka berjalan lancar, tiada apa yang luar biasa, kerana ia telah berlaku sebelum ini,” katanya mengulas mengenai persaraan Gabenor Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang tempoh perkhidmatannya berakhir pada 30 April.

Chua berkata demikian selepas merasmikan sambutan ulang tahun ke-7 pusat Cambridge English for Life (CEFL) di Kota Damansara di sini hari ini.

Beliau berkata ringgit mengukuh sejak kebelakangan ini apabila harga minyak mentah hampir kepada paras US$40 setong manakala di Bursa Malaysia, trend telah berubah daripada aliran keluar kepada aliran masuk.

“Kita pernah mempunyai aliran keluar bersih bagi Bursa. Pada tahun lepas, terdapat RM19 bilion aliran keluar.

“Bagaimanapun, pada 18 Mac, pembelian saham kumulatif di Bursa telah mencecah RM3 bilion aliran masuk,” katanya.

Malaysia kekal kompetitif dan menarik, katanya berikutan instrumen kewangan dan bon negara masih memberi pulangan positif kepada pelabur, berbanding negara lain yang memberi pulangan faedah negatif.

“Fed telah mengumumkan bahawa ia tidak akan menaikkan kadar secara agresif manakala China telah memberi jaminan bahawa tiada penurunan mendadak ke atas ekonominya, dan ini memberi petanda baik kepada ekonomi Malaysia dan serantau,” katanya.

Mengenai CEFL, jenama yang telah bertapak di negara ini selama 16 tahun, Chua berkata bahasa Inggeris merupakan bahasa yang tidak boleh diabaikan kerana fungsinya sebagai bahasa ekonomi utama.

“Selain kerajaan melaksanakan dasar untuk menggalakkan pelaburan langsung asing, pelabur turut melihat dari segi tenaga buruh, dan antara kelebihan utama Malaysia selama ini adalah tenaga kerja kita yang pelbagai bahasa,” katanya. – BERNAMA

Tags: Bank Negara Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BNM Keluarkan Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun RELA Ke-50

BNM Keluarkan Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun RELA Ke-50

23/12/2022
1

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan ulang tahun Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang...

Rizab Antarabangsa BNM AS$109.2 Bilion

Rizab Antarabangsa BNM AS$109.2 Bilion

05/08/2022
0

PETALING JAYA: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$109.2 bilion pada 29 Julai 2022, meningkat berbanding AS$107 bilion yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd