• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peralihan Angin Monsun Punca Hujan Dan Ribut Petir

oleh Ahmad Albab
25/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hujan dan ribut petir yang berlaku di beberapa kawasan ketika negara sedang menghadapi cuaca panas sekarang adalah disebabkan peralihan angin monsun timur laut dan barat daya.

Timbalan Ketua Setiausaha (Sains) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Profesor Madya Dr Ramzah Dambul berkata keadaan itu berlaku kerana pusat pertemuan angin di Khatulistiwa yang dikenali sebagai ‘intertropical convergent zone’ telah membentuk awan dan menghasilkan hujan serta ribut petir.

“Memang fenomena El Nino dan cuaca kering dijangka berlaku sehingga Jun ini. Tetapi sekarang berlaku peralihan angin monsun timur laut berganti kepada angin monsun barat daya yang biasanya dicirikan oleh keadaan udara yang tidak stabil.

“Pada masa itu angin monsun timur laut dan barat daya mula hendak beralih seperti wujudnya pertembungan dua angin dan kedudukan Malaysia di tengah-tengah berhampiran garisan khatulistiwa turut mengalami hujan serta ribut petir,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata peralihan angin monsun melibatkan semua kawasan yang dijangka berlaku antara tiga hingga empat minggu sehingga proses transisi berakhir.

Sementara itu Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Wira Wan Mohd Nor Ibrahim berkata pihaknya sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya kejadian tidak diingini dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ini.

“Kami bergantung kepada maklumat yang diperolehi daripada Jabatan Meteorologi dan sentiasa bersiap sedia untuk memberi bantuan dari segi tenaga kerja dan peralatan mengikut keadaan dan keperluan.

“Terdapat beberapa kawasan yang mengalami kejadian pokok tumbang akibat ribut petir dan masih juga berlaku kebakaran hutan akibat cuaca kering seperti di Selangor,” katanya.

Beliau menasihati orang ramai agar lebih berwaspada dalam pemanduan serta mengelak daripada menghentikan kenderaan di bawah pokok ketika berlakunya hujan lebat dan ribut petir. – BERNAMA

Tags: Hujan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sultan Perak Serah Tauliah Pelantikan Pegawai Masjid

Next Post

Abdullah Ahmad Badawi Dilantik Penasihat Petronas

Related Posts

Amaran Hujan Berterusan Di 4 Negeri Ditamatkan – MetMalaysia

Amaran Hujan Berterusan Di 4 Negeri Ditamatkan – MetMalaysia

05/01/2025
0

KUALA LUMPUR : Amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor yang dikeluarkan pada 1 Januari lalu,...

Tunggu Allah Turunkan Hujan, Empangan Akan Penuh Balik – Sanusi

Tunggu Allah Turunkan Hujan, Empangan Akan Penuh Balik – Sanusi

04/08/2024
0

Tunggu Allah turunkan hujan bagi menampung kekeringan air takungan empangan di Kedah, kata Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor. IKUTI...

Next Post

Abdullah Ahmad Badawi Dilantik Penasihat Petronas

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd