• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengambilan Pekerja Asing Baharu Tidak Dibenarkan

oleh Ahmad Albab
12/03/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HUTAN MELINTANG – Kerajaan telah menetapkan tidak akan mengambil pekerja asing baharu untuk dibawa masuk ke negara ini berkuat kuasa serta-merta, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr, Ahmad Zahid Hamidi.

Bagaimanapun, beliau berkata ketetapan yang dibuat pada mesyuarat Kabinet pada Jumaat itu tidak melibatkan sektor pembantu rumah.

Katanya mana-mana majikan yang mahu menggaji pekerja asing hendaklah mengambil pekerja sedia ada di negara ini termasuk mereka yang telah tamat tempoh visa pekerjaan.

“Selain itu, mereka juga boleh mengambil pekerja asing yang tidak berdokumen atau yang tidak didaftarkan di bawah Program 6P (Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin),” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis penyerahan watikah pelantikan ketua-ketua kampung kawasan Parlimen Bagan Datoh sesi 2016-2017 di sini hari ini.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri berkata susulan keputusan Kabinet itu, isu membawa masuk seramai 1.5 juta pekerja asing dari Bangladesh boleh dianggap ‘tutup’.

Pada 25 Jun lalu, Ahmad Zahid berkata sebanyak 1.5 juta pekerja dari Bangladesh akan dibawa ke Malaysia secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun bagi memenuhi permintaan majikan daripada pelbagai sektor.

Timbalan Perdana Menteri menegaskan mana-mana majikan atau ejen yang didapati melindungi pekerja asing tanpa izin akan dikenakan hukuman sebat berkuat kuasa serta-merta.

Hukuman sebat itu dibuat mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 serta Akta Imigresen 1959/63, katanya.

“Harus diingatkan hukuman sebat akan dijatuhkan mahkamah kerana hukuman cara denda tidak memberi kesan kerana majikan serta ejen-ejen terus membawa masuk pekerja asing tanpa izin ini,” katanya.

Menjelas lanjut Ahmad Zahid berkata hukuman sebat itu juga bertujuan membersihkan imej kerajaan yang selama ini dituduh cuba mengaut keuntungan dengan membawa masuk pekerja asing.

“Ini merupakan amaran terakhir, jangan salahkan kerajaan…menuduh kerajaan kononnya membawa lebih daripada dua juta pekerja tanpa izin,” katanya.

Beliau berkata kerajaan telah memberi ruang dan peluang yang secukupnya kepada majikan untuk mendaftarkan pekerja asing mereka menerusi program penggajian semula yang akan berakhir 30 Jun ini.

“Walaupun Kementerian Dalam Negeri mengumumkan ia (program penggajian semula) akan berakhir 31 Disember ini, tetapi kerajaan memutuskan tempoh itu dipendekkan,” katanya.

Ahmad Zahid menyarankan mana-mana majikan yang mahu mendapatkan khidmat pekerja asing mengemukakan permintaan itu kepada Persekutuan Majikan-majikan Malaysia, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia.

“Sila berhubung terus dengan ketiga-tiga persatuan itu bagi memudahkan mereka menguruskan pekerja tempatan untuk bekerja di syarikat masing-masing,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid dalam ucapannya mengingatkan semua ketua kampung bahawa pelantikan mereka bukan satu hadiah, sebaliknya amanah yang perlu dilaksanakan demi rakyat.

“Kalau kita melanggar etika itu, kita perlu membayar harga yang tinggi untuk kesilapan tersebut,” katanya. – BERNAMA

Tags: pekerja asingZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd