• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penarikan Subsidi Tepung 25kg Bukan Alasan Naikkan Harga Makanan

oleh Ahmad Albab
05/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LARUT – Pengusaha restoran tidak wajar menjadikan penarikan balik subsidi tepung gandum kegunaan am bagi pek 25 kilogram (kg) sebagai alasan untuk menaikkan harga makanan terutama roti canai.

Ini kerana, menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin, kos bagi menghasilkan sekeping roti canai hanya dua sen.

“Kalau ada yang kata roti canai naik sebab tepung 25kg tak ada subsidi, sila buat laporan dan kita akan ambil tindakan terhadap mereka.

“Kita akan siasat bila restoran itu mula dibuka, kalau restoran itu dah buka selama lima tahun, jadi kompaun mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 adalah sebanyak lima tahun,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru di Sekolah Kebangsaan Sungai Dendang di sini Sabtu.

Bermula 1 Mac lepas, kerajaan menarik balik subsidi tepung gandum kegunaan am bagi pek 25kg kerana kebanyakan isi rumah tidak membeli produk saiz berkenaan.

Harga subsidi tepung gandum untuk kegunaan am bagi pek sekilogram pula diteruskan dengan harga runcit kekal pada RM1.35 sekilogram.

Menurut Hamzah, sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang aduan daripada pengguna berhubung kenaikan harga makanan selepas pengurangan subsidi tepung gandum.

“Kita akan memantau dari semasa ke semasa kerana tepung gandum antara bahan utama untuk membuat roti canai,” katanya. – BERNAMA

Tags: tepung gandum
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gagal Acara Pecut, Tumpuan Kini Kepada Keirin – Azizulhasni

Next Post

Keputusan Awal Makmal Tunjuk Kesan Racun Serangga

Related Posts

India Larang Eksport Tepung Gandum

India Larang Eksport Tepung Gandum

27/08/2022
0

NEW DELHI – India meluluskan dasar melarang eksport tepung gandum dalam usaha menurunkan harga di pasaran domestik, lapor laman berita...

87 Cawangan Econsave Kekurangan 30 Peratus Tepung Gandum

18/05/2022
0

PASIR GUDANG: Pasar Raya Econsave Cash and Carry (Econsave) berdepan masalah kekurangan bekalan tepung gandum bersubsidi sehingga 30 peratus di...

Next Post

Keputusan Awal Makmal Tunjuk Kesan Racun Serangga

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd