• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Teksi ‘Pengebom Nekad’, Penumpang Rayu Dilepaskan

oleh
11/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH – Seorang lelaki tempatan menyamar menjadi pemandu teksi yang bertindak sebagai pengebom nekad untuk mempersendakan penumpangnya dalam sebahagian daripada sebuah program televisyen di Arab Saudi.

Menurut laporan akhbar Gulf News, rakaman video lucu itu menunjukkan pemandu teksi tersebut, menyelak bajunya dan mendedahkan sesuatu yang menyerupai bahan letupan ada dilekatkan pada bahagian pinggangnya.

Pemandu rancangan ‘prank’ itu kemudian memberitahu penumpangnya: “Saya mahu membawa anda masuk ke dalam syurga bersama-sama dengan saya” sehingga menyebabkan ada antara mereka mengambil tindakan drastik.

Rakaman video di bawah ini menunjukkan adegan seorang remaja lelaki yang menjadi mangsa lakonan pengebom berani mati itu ketika menaiki teksi tersebut dan duduk bersebelahan dengan si pemandu ‘pelakon’ berkenaan.

Pada mulanya keadaan seperti biasa namun, setelah pemandu ‘lagak ngeri’ itu mendedahkan ada bahan letupan di pinggangnya, remaja berkenaan menangis dan merayu-rayu meminta agar segera diberhentikan kenderaan itu.

cab1

Pemandu teksi tersebut kemudian memberitahu si penumpang mengenai rakaman TV yang sedang berlangsung dan remaja terbabit yang menyedari menjadi mangsa ‘lakonan’ selepas itu kelihatan baharu menarik nafas lega.

Meskipun begitu, remaja berkenaan dilihat terus menangis buat seketika mungkin akibat ketakutan jika kejadian dramatik itu benar-benar adalah insiden realiti yang memang tidak dijangka mangsa kebanyakan orang awam.

Menurut laman tempatan Al-Alam, gurauan sedemikian dilakukan bagi menunjukkan “budaya negatif fahaman pelampau dan membendung pemikiran anak muda Arab Saudi daripada menyertai kumpulan ekstremis Daesh”.

Meskipun sebahagian kecil penonton televisyen mungkin dapat menerima gurauan itu, ada juga sebilangan lain berasa takut sekiranya aksi drama lakonan spontan tersebut adalah peristiwa sebenar. – Agensi/Mynewshub.cc

Baca: Pemandu Teksi Jepun Bawa Hantu Mangsa Tsunami

Juga: Video Lucu! Pemandu Uber VS Pemandu Teksi

Lagi: Tiada Bau Ketiak Syarat Pemandu Teksi Ojek Jakarta

Dan: Pemandu Teksi Di China Ini Selfie 30,000 Penumpang

Tags: SaudiTeksi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lenovo K4 Note Memasuki Pasaran, Berharga RM999

Next Post

Kelab Naib Ketua UMNO Desak Buang Pemimpin Terlibat Deklarasi

Related Posts

Saudi Lancar Aplikasi Nusuk Versi Bahasa Melayu

Saudi Lancar Aplikasi Nusuk Versi Bahasa Melayu

03/03/2023
0

PUTRAJAYA : Tidak sampai lima hari pengumuman dibuat, kerajaan Arab Saudi melancarkan aplikasi bersepadu, Nusuk dalam versi bahasa Melayu sepenuhnya...

Teksi Boleh Bawa Penumpang Antara Singapura – Johor Bahru

01/05/2022
0

SINGAPURA : Mulai hari ini, penumpang yang menyeberangi Tambak Johor boleh mendapatkan khidmat sehingga 240 teksi yang dibenarkan untuk membawa...

Next Post

Kelab Naib Ketua UMNO Desak Buang Pemimpin Terlibat Deklarasi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd