• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pecat Ahli UMNO Bersekongkol Dengan Pembangkang – UMNO Melaka

oleh Ahmad Albab
07/03/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Badan Perhubungan UMNO Melaka mencadangkan agar Majlis Tertinggi (MT) parti itu supaya memecat anggota parti yang bersekongkol dengan pembangkang.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata anggota UMNO yang berbuat demikian perlu dipecat kerana tidak lagi mempunyai semangat serta ‘roh’ UMNO itu sendiri yang diterjemah melalui cogan kata ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’.

“Adalah sesuatu yang tidak masuk akal apabila seseorang itu masih mahu bersama UMNO tetapi tidak mahu bersama presiden (Datuk Seri Najib Tun Razak) malah mahu menyingkirkannya dengan cara tidak sah, inikah perangai anggota UMNO sebenar.

“UMNO ada peraturan dan perlembagaan sendiri dengan pemilihan jawatan presiden dan lain-lain diadakan dengan cara demokrasi, jadi gunakanlah proses itu dengan sebaik-baiknya,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Melaka dan Barisan Nasional (BN) Melaka di sini tengah malam tadi.

Pada Jumaat lepas, bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir adalah antara 50 yang menandatangani ‘Deklarasi Rakyat’ menyokong penyingkiran Najib, diketuai bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Idris yang juga Pengerusi BN Melaka berkata turut dikesalkan ialah tindakan Dr. Mahathir dan anggota UMNO itu yang sanggup bersekongkol dengan DAP terutama pemimpin veterannya Lim Kit Siang dalam ‘Deklarasi Rakyat’ itu.

“Dahulu kami bekerja keras mempertahankan dan menidakkan pelbagai tuduhan Lim dan DAP terhadap Dr. Mahathir ketika beliau menjadi perdana menteri, tetapi sekarang Dr. Mahathir melupakan sokongan kami malah tergamak duduk bersama Lim dan DAP,” katanya.

Beliau berkata BN Melaka turut mengesyorkan kepada kerajaan supaya Dr. Mahathir dilucutkan semua jawatan yang diberikan kepada beliau antaranya di syarikat berkaitan kerajaan seperti Petronas dan Proton.

“Kami menghormati hak individu keluar atau masuk parti atau mana-mana organisasi, kami juga menghormati dan menghargai sumbangan serta jasa para pemimpin parti terdahulu serta masa kini, namun kami menolak sekeras-kerasnya perbuatan mereka yang derhaka terhadap UMNO, BN dan perjuangan parti,” katanya.

Sehubungan itu, Idris berkata BN Melaka memberi sokongan padu kepada Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO, serta mendesak semua pemimpin parti komponen BN mengambil tindakan terhadap anggota mereka yang terlibat dalam deklarasi tersebut.

“BN Melaka mengajak semua rakyat agar memberikan sokongan padu dan jitu kepada perdana menteri (Najib) atas semangat setiakawan BN. Beliau mampu dan bersedia meneruskan mandat, amanah dan tanggungjawab untuk menerajui negara ini bagi merealisasikan tuntutan serta aspirasi rakyat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Idris HaronUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - "Mari kita duduk berdua dulu tentukan apa yang boleh di capai kesepakatan terutama antara UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd