• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Bakal Wujud Blok Pembangkang Baharu

oleh
12/03/2016
dalam Hangat, Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALKISAHNYA selepas bercerai kasih ‘talak tiga’ dengan Pakatan Rakyat, PAS memang jelas tidak mahu rujuk kembali dengan bekas sekutunya PKR-DAP-PAN yang kemudian membentuk Pakatan Harapan pada tahun lalu.

Sebaliknya parti Islam tersebut khabarnya berhasrat hendak membentuk sebuah blok pembangkang baharu yang bakal menjadi kumpulan siasah ketiga selain perikatan komponen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan.

Berita yang tentunya cukup mengejutkan pelbagai pihak khasnya penganalisis politik tanah air ini telah diberitahu sendiri oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan ketika ditemui media di lobi Parlimen pada Khamis.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, blok baharu tersebut akan mengandungi parti pelbagai kaum dan daripada beberapa badan bukan kerajaan yang tentunya dianggap mesra PAS serta anti-Pakatan Harapan.

Takiyuddin bagaimanapun enggan memberitahu parti politik manakah yang dijangka bergabung dengan PAS malah beliau sendiri tidak memberi apa-apa pembayang mengenai latar belakang organisasi siasah tersebut.

pakatun

“Tunggu sahaja pada 16 Mac ini,” katanya secara ringkas kepada wartawan tanpa menyatakan sama ada akan ada pengumuman rasmi dalam masa terdekat atau majlis pelancaran rasmi blok pembangkang baharu berkenaan.

Namun menurut Takiyuddin, apa yang pasti anggota sekutu kumpulan tersebut bukan daripada pihak Pakatan Harapan ataupun BN sendiri yang ketika ini disertai 13 buah parti komponen dengan ditunjangi UMNO sendiri.

Setakat ini terdapat 32 buah parti politik sah di negara ini dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dan memiliki simbol sendiri yang dibenarkan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk bertanding dalam proses demokrasi.

Parti Cinta Malaysia (PCM), Parti Makkal Sakti Malaysia (MMSP) dan Parti Reformasi Negeri (Star) agak pro-BN, manakala Parti Sosialis Malaysia (PSM), Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Parti Maju Sabah (SAPP) cenderung Pakatan.

Ada juga parti diketahui rapat dengan PAS antaranya Barisan Jemaah Islamiyah Malaysia (Berjasa), Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita). – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: Pakatan Harapan Ibarat Nabi – Lawak Suhaizan

Lagi: Harapan Baru, Pakatan Baru, Tapi Isi Tetap Sama

Juga: Pakatan ‘Madu 3’ Pandai Bohong Pecah Tembelang

Tags: Barisan Nasionalpakatan harapanPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

31/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan perihal kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN), peranan...

Timbalan Presiden PAS Nafi Jawatan Pengerusi PN Dimansuhkan

Timbalan Presiden PAS Nafi Jawatan Pengerusi PN Dimansuhkan

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini menafikan dakwaan partinya dan BERSATU bersetuju untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd