• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Dan Adenan Lakukan Tinjauan Mesra Di Kubah Ria

oleh Ahmad Albab
12/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan tinjauan mesra di sekitar kawasan kompleks Kubah Ria, yang terletak di pinggir Sungai Sarawak, di sini, malam ini.

Beliau berbuat demikian sebaik mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di sini.

Orang ramai yang berpusu-pusu di kompleks itu jelas cukup teruja menyambut kehadiran pemimpin Nombor Satu negara itu yang tiba di situ pada kira-kira pukul 9 malam dengan diiringi Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.

Turut kelihatan dalam tinjauan itu ialah Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof, serta Menteri Pelancongan dan Perumahan Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg.

Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk bersalaman, malah ada yang ‘berselfie’ dengan Najib dan Adenan, yang kemudiannya mengambil kesempatan untuk menjamu selera di kompleks itu.

Kompleks bernilai lebih RM22 juta yang siap pada tahun 2010 itu memuatkan 47 unit kedai, 44 gerai makanan dan minuman selain dilengkapi atrium berpusat, serta ruang makanan terbuka yang boleh memuatkan 500 orang pada satu-satu masa.

Perdana Menteri bersama rombongannya kemudian meninggalkan kompleks itu kira-kira pukul 9.45 malam.

Perdana Menteri berada di sini untuk memulakan lawatan kerja tiga hari di Sarawak, dan esok beliau dijadualkan untuk merasmikan program MINDA (Malaysia Inklusif Negara Digital) anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) di Tebingan Sungai Kuching di sini.

Beliau juga dijadual merasmikan majlis permulaan kerja-kerja pembinaan Lebuhraya Pan Borneo jajaran dari bulatan Serian ke Simpang Pantu di tapak Institut Memandu Tebedu, Jalan Tangga Bypass, Serian, serta melakukan beberapa tinjauan mesra pada hari berikutnya sebelum berlepas pulang ke ibu negara. – BERNAMA

Tags: Adenan SatemNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MB Yakin UMNO Terengganu Makin Kukuh

Next Post

Mak Ayah Wajib Baca! Kisah Sedih Anak Bunuh Diri Guna Telekung

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

Next Post

Mak Ayah Wajib Baca! Kisah Sedih Anak Bunuh Diri Guna Telekung

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd