• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mengaku Bapanya Pengemis, Marshanda Dipuji Netizen

oleh AK-47
02/04/2016
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

BARU-baru ini, industri hiburan Indonesia dikejutkan dengan pengakuan seorang pengemis yang mendakwa dirinya merupakan bapa kandung kepada aktres dan penyanyi popular tempatan, Marshanda.

Pengakuan itu dibuat selepas pengemis yang dikenali sebagai Irwan Yusof itu ditahan oleh pihak berkuasa Jakarta kerana didapati mengemis di bandar raya tersebut, pada Jumaat lalu.

017431900_1459082333-IRWAN_YUSUF__AYAH_TIRI_MARSHANDA

Irwan-Yusuf-Pengemis-yang-Mengaku-Ayah-Marshanda-Benarkah-2

Dalam pada itu, Marshanda yang popular di Malaysia menerusi drama sinetron Putri Yang Terbuang mengesahkan perkara tersebut.

Menurut Marshanda, dia tidak malu mengaku pengemis itu adalah bapanya dan dia gembira dapat bertemu semula dengan lelaki itu.

“Saya tidak malu kerana ini adalah cerita lama dalam keluarga saya.

“Selepas dua tahun berpisah, saya gembira kerana dapat bertemu semula dengan papa,” katanya.

Pada masa yang sama, Marshanda turut memberitahu, hubungannya dengan bapa, Irwan Yusuf menjadi renggang selepas lelaki itu bercerai dengan ibunya kira-kira 15 tahun lalu.

Bagaimanapun, jelasnya hubungan antara mereka terputus selepas dia bercerai dengan bekas suaminya.

“Selepas bercerai saya menukar nombor telefon menyebabkan saya hilang nombor telefon papa,” katanya selepas melawat bapanya di sebuah rumah perlindungan di Jakarta.

Ayah-Marshanda-Akhirnya-Keluar-dari-Panti-Sosial

Difahamkan, Irwan menjadi gelandangan sejak tiga bulan lalu selepas bengkel besi tempatnya bekerja ditutup.

Dalam perkembangan terbaru, bapa Marshanda telah dibawa pulang oleh ahli keluarganya.

Berita Marshanda mengaku bapanya adalah seorang pengemis kini hangat diperkatakan netizen termasuklah memuji sikap bintang jelita itu menerusi media sosial di Indonesia.

Marshanda dengan bekas suaminya, Ben Kasyafani.
Marshanda dengan bekas suaminya, Ben Kasyafani.

Sebelum ini, Marshanda pernah mencetuskan kontroversi apabila mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab selepas bercerai dengan suaminya, Ben Kasyafani. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Marshanda
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd