• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mariah Carey Digelar Ahli Sihir Oleh Abang Kandungnya

oleh AK-47
19/03/2016
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI antarabangsa, Mariah Carey yang terkenal dengan sifat divanya dikatakan mempunyai masalah dengan adik-beradiknya sendiri, betul ke?

Abang Mariah, Morgan Carey, 51; malah menggelarkan beliau sebagai ‘ahli sihir’ kerana keengganan dalam membantu menyelesaikan bil hospital kakaknya Alison Carey, 54.

Difahamkan kakaknya itu menghidapi HIV positif serta terpaksa menjalani pembedahan otak dan tulang belakang.

carey-sisters
Alison Carey (kiri) dan Mariah.

Menurut Morgan, Mariah juga bahkan tidak berusaha untuk datang dan melawat Alison di hospital.

“Alison sedang nazak dan bertarung nyawa dengan penyakitnya, di mana kamu?” jelas Morgan kepada The Sun yang ditujukan kepada Mariah.

“Kamu ingat kamu sangat popular tapi sebenarnya kamu adalah seorang ahli sihir.

“Dia mungkin banyak berbelanja pada makanan anjing daripada memastikan kakaknya, Alison mendapat penjagaan yang rapi,” tambah Morgan lagi kepada akhbar itu.

Sementara itu, Mariah yang pernah popular dengan lagu My All dikatakan memulakan sesi jelajah sekitar Eropah bermula di Glasgow, Scotland pada Selasa lalu semenjak kemunculan beliau secara langsung di United Kingdom pada 2003.

Penyanyi berusia 45 tahun ini juga dikatakan bakal bertunang dengan jutawan dari Australia, James Packer, 48; pada pertenghan Jun ini.

MC
Mariah bersama tunangnya James dan cincin bernilai RM20 juta.

Menurut Morgan lagi, beliau tidak mengharapkan jemputan undangan ke majlis itu daripada adiknya, Mariah.

“Saya tidak fikir bahawa Mariah cintakan James, dia hanya obses dengan dirinya sahaja. Dia memang jahat.

“Itu memang sikapnya, dia hanya sayangkan cincin yang bernilai RM20 juta itu.

“Sangat menyedihkan, dia mampu untuk menunjukan cincin yang mahal itu tetapi tidak mampu untuk membantu kakaknya yang sedang nazak,” kata Morgan lagi. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=InA0qbguihI]

Tags: ahli sihircincinMariah Careywitch
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bomba Bantu Potong 2 Cincin Tersangkut Pada Kemaluan Lelaki

Bomba Bantu Potong 2 Cincin Tersangkut Pada Kemaluan Lelaki

16/11/2024
0

Sungai Petani : Pasukan Bomba dipanggil untuk membantu memotong dua cincin yang tersangkut pada kemaluan seorang lelaki di Hospital Sultan...

Cincin Di Jari Manis Bawa Derita

04/05/2021
0

BALIK PULAU - Seorang lelaki terpaksa meminta bantuan anggota bomba selepas cincin di jari manis kanannya tersangkut dan gagal ditanggalkan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd