• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahu Kahwin Dua, Tergamak Cakap Isteri Sakit Mental

oleh AK-47
30/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

DEMI mahu beristeri dua, seorang suami tergamak berbohong dengan memberi alasan isterinya itu kini menghidap sakit mental.

Penipuan lelaki berusia 40-an itu terbongkar, apabila isteri pertamanya mendapat tahu beberapa bulan selepas suaminya melangsungkan penikahan dengan isteri kedua secara rahsia yang kononnya didakwa di Thailand.

Menurut Aminah (bukan nama sebenar), 43, pada awalnya suaminya mengenali wanita berusia lingkungan 30-an itu sebagai rakan kongsi perniagaan, namun kemudian bernikah tanpa pengetahuannya melalui satu sindiket.

“Saya tak halang dia nak kahwin lagi, tetapi saya tahu dia tak mampu, sebab dia banyak bergantung (perbelanjaan) kepada saya dan keluarga.

“Saya dapat tahu mereka berkahwin di negara jiran pun pada 2011 tetapi saya reda kerana mereka sah berkahwin,” katanya.

Bagaimanapun, Aminah telah membuat semakan di pejabat agama untuk mengetahui lanjut mengenai perkahwinan itu namun ternyata mengejut dan mengecewakannya.

“Saya dapati suami tidak berkahwin di negara jiran, sebaliknya bernikah di Alor Setar. Saya amat terkejut. Bagaimana dia boleh berpoligami di Malaysia tanpa pengetahuan saya, sedangkan saya masih isteri dia dan waras,” katanya.

Hal itu sekali gus membuatkan dia berasa curiga sebelum merujuk salinan sijil nikah itu ke Pejabat Agama Daerah Kota Setar untuk semakan kali kedua dan disahkan sijil nikah itu palsu.

Pendedahan mengenai sijil nikah palsu itu juga menyebabkan suaminya bertikam lidah dengan madunya yang tidak berpuas hati dengan penggunaan sindiket berkenaan.

“Suami mengakui dia melakukan akad nikah di sebuah bilik hotel mewah di pusat bandar dan mengenali individu yang melakukan sindiket itu.

“Dia pernah tunjuk pada saya gambar pernikahan mereka. Pada sijil nikah tertulis belanja RM7,000 dan mas kahwin RM80.

“Setelah tiga tahun berlalu, saya masih belum dapat penjelasan daripada pihak berkenaan tentang status perkahwinan mereka kerana tiada surat sama ada pernikahan itu sah atau tidak,” katanya.

Sementara itu, Aminah percaya individu yang menikahkan pasangan poligami itu mungkin seorang imam masjid berdekatan.

Menurut Aminah lagi, suami dan madunya itu telah berpisah dua tahun lalu akibat selisih faham disebabkan penglibatan sindiket tersebut.

Ini turut membuatkan status perkahwinan poligami mereka seolah-olah tergantung dan tiada penjelasan dari segi hukum syarak. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Sinar Harian

Tags: poligamisuami
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Suami, Isteri Maut Dibunuh: Atuk Tekad Jaga Tiga Cucu

Suami, Isteri Maut Dibunuh: Atuk Tekad Jaga Tiga Cucu

14/01/2026
0

SRI AMAN – Bapa kepada mangsa wanita yang ditemukan meninggal dunia bersama suaminya dalam kejadian tragis di sebuah kediaman di Taman Mutiara,...

Suami Orang Dakwa Dalam Proses Cerai, Dicekup Berkhalwat Bersama Janda

Suami Orang Dakwa Dalam Proses Cerai, Dicekup Berkhalwat Bersama Janda

20/12/2025
0

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki berstatus suami orang dan seorang wanita berstatus janda dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd