• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah: Gambar Jemput Buka Puasa Hina Orang Islam

oleh Ahmad Albab
02/04/2016
dalam Hangat, Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu gambar dan kapsyen blogger kontroversi Alvin Tan dan bekas teman wanitanya yang menjemput umat Islam berbuka puasa dengan ‘Bak Kut Teh’ seolah-olah menghina bulan Ramadan dan agama Islam yang mengharamkan umat Islam memakan daging babi.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin berhujah Alvin Tan atau nama sebenarnya Tan Jye Yee dan Vivian Lee atau nama sebenarnya Lee May Ling telah menerbitkan kata-kata hasutan berikutan tindakan mereka yang menyiarkan gambar mereka menikmati hidangan dengan kapsyen ‘Selamat Berbuka Puasa (with Bak Kut Teh…fragrant, delicious and appetising)’ yang mengandungi logo halal.

“Paparan dalam Facebook tersebut menunjukkan bermaksud menjemput umat Islam berbuka puasa dengan memakan ‘Bak Kut Teh’.

“Walaupun tidak menyatakan secara khusus menu ‘Bak Kut Teh’ tersebut, namun sekiranya dibaca oleh umat Islam ia seolah-olah menghina bulan Ramadan dan menghina agama Islam yang sememangnya mengharamkan umat Islam memakan daging babi,” hujahnya di akhir kes pendakwaan di hadapan Hakim Abdul Rashid Daud.

Katanya lagi keterangan saksi pendakwaan juga mengesahkan menu ‘Bak Kut Teh’ mengandungi daging babi dan tidak mendapat sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Peguam Chong Joo Tian mewakili Lee berhujah bahawa keterangan saksi pendakwaan hanya mengemukakan bukti bahawa Tan sahaja yang menerbitkan dan memuat turun gambar dan kapsyen pasangan tersebut dan bukan anak guamnya.

Beliau berkata komputer riba itu dan pemilik sebenar akaun facebook juga adalah milik Tan dan bukannya Lee.

Mahkamah menetapkan 14 April ini untuk keputusan sama ada Tan, 27, dan Lee, 27, membela diri atau dilepaskan daripada pertuduhan tersebut.

Bagaimanapun Tan, tidak hadir sepanjang perbicaraan kes itu kerana dipercayai melarikan diri ke Amerika Syarikat bagi mengelak menghadiri prosiding itu.

Tan dan Lee didakwa menyiarkan gambar mereka menikmati hidangan dengan kapsyen ‘Selamat Berbuka Puasa (with Bak Kut Teh…fragrant, delicious and appetising)’ yang mengandungi logo halal, di laman Facebook Tan.

Mereka didakwa bersama-sama melakukan kesalahan itu pada 9 pagi 12 Julai 2013 mengikut Subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 dan turut didakwa terhadap pertuduhan menyiarkan gambar pornografi dalam laman Facebook sama mengikut subseksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 antara 9 malam 6 Julai 2013 dan 2 pagi 7 Julai 2013. – BERNAMA

Tags: Alvin Tan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Harga Ladang Mempelam Harum Manis Dijangka RM25 Sekilogram

Next Post

Najib Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa Serangan Bom

Related Posts

‘Soal Kepercayaan Tak Boleh Dipaksa’

02/07/2018
0

GARA-GARA kerap bawa watak lelaki Islam, pelakon yang semakin menyerlah menerusi drama Melayu, Alvin Chong pernah didesak segelintir peminat supaya...

Vivian Lee Letak Semua Kesalahan Terhadap Bekas Teman Lelakinya

11/05/2016
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu bahawa bekas teman wanita kepada blogger, Alvin Tan, meletakkan semua kesalahan terhadap...

Next Post

Najib Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa Serangan Bom

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd