• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Letupan Di Brussels: Peringatan Perlunya Banteras Pengganas

oleh Ahmad Albab
22/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Insiden letupan bom di Brussels, Belgium menjadi peringatan kepada rakyat Malaysia dan seluruh dunia bahawa keganasan tidak akan berakhir selagi tidak berusaha bersungguh-sungguh membanterasnya, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata walaupun dalang insiden tersebut masih belum dikenal pasti namun dipercayai adalah angkara pengganas.

“Apa yang berlaku mengingatkan kita terhadap kejadian serupa yang menimpa Paris, Jakarta, Turki dan beberapa tempat lain, yang kita percayai adalah angkara pengganas,” katanya dalam kenyataan di sini Selasa.

Ahmad Zahid turut merakamkan rasa simpati terhadap mangsa dan keluarga mangsa yang terbabit dalam serangan itu.

“Kita sentiasa bersama-sama dengan masyarakat di Belgium dan menyokong sebarang tindakan yang bakal diambil bagi mencari mereka yang bertanggungjawab terhadap insiden berkenaan, sekaligus menghadapkan mereka ke muka pengadilan,” katanya.

Wisma Putra dalam satu kenyataan Selasa berkata kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya insiden letupan bom yang berlaku di Brussels yang telah meragut 28 nyawa. – BERNAMA

Tags: letupan bomZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd