• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laluan LPT2 Akan Ditambah Baik Dengan Ciri Mesra Hidupan Liar

oleh Ahmad Albab
31/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Laluan di bawah jambatan dan terowong kenderaan (VBC) di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) akan ditambah baik dengan ciri-ciri mesra hidupan liar, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata cadangan itu dipersetujui bersama dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu pada 16 Feb lepas.

“Lokasi terlibat sedang dikenal pasti oleh Jabatan Perhilitan Terengganu dan tindakan penambahbaikan akan dilaksanakan oleh jabatan tersebut,” katanya ketika menjawab soalan Wan Hasan Mohd Ramli (PAS-Dungun) yang ingin tahu langkah untuk mengelakkan pencerobohan haiwan demi keselamatan pengguna di LPT2.

Menurut Rosnah, bagi tempoh 1 Feb 2015 hingga 29 Feb 2016, terdapat 133 kes kemalangan termasuk satu kes kemalangan maut membabitkan pencerobohan haiwan ternakan atau binatang liar dicatatkan di LPT2 sepanjang 180 kilometer itu.

Jelasnya, pencerobohan haiwan ternakan dan binatang liar itu berpunca daripada pagar rizab lebuh raya yang telah dimusnahkan oleh pihak tidak bertanggungjawab sehingga membuka ruang haiwan tersebut menceroboh masuk.

Bagi mengatasi masalah tersebut kementerian telah meningkatkan kekerapan rondaan di sepanjang lebuh raya itu terutama di kawasan berisiko tinggi serta membaik pulih segera pagar rizab yang dirosakkan, katanya.

Rosnah berkata pengedaran risalah kesedaran kepada penternak berhampiran lebuh raya, pemasangan papan tanda amaran dan peringatan kepada pemandu menerusi Papan Tanda Elektronik VMS serta pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi tertentu turut dilaksanakan.

Sebelum ini, beberapa kes kemalangan jalan raya dilaporkan di sepanjang LPT2 membabitkan kematian beberapa ekor haiwan liar seperti harimau belang dan tapir. – BERNAMA

Tags: LPT2
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Beruang Berguling Kesakitan Selepas Dilanggar Di LPT2

Beruang Berguling Kesakitan Selepas Dilanggar Di LPT2

04/11/2024
0

KUALA TERENGGANU - Seekor beruang berguling kesakitan di atas jalan dipercayai selepas dilanggar dalam kejadian di Kilometer (km) 422, Lebuhraya...

LPT 2 Mula Sesak Dengan Perantau Pulang Beraya

LPT 2 Mula Sesak Dengan Perantau Pulang Beraya

20/04/2023
0

KUALA NERUS – Aliran trafik di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) mulai sesak dengan kenderaan mulai hari ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd