• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Legenda Bola Sepak, Pele Saman Samsung RM117 Juta

oleh Ahmad Albab
02/04/2016
dalam Hangat, Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

FIRMA teknologi, Samsung yang masih lagi bertarung dengan Apple di mahkamah kerana paten peranti buatan mereka, kini berdepan pula dengan satu lagi kes yang sama tetapi kali ini disaman kerana modelnya.

Legenda bola sepak dunia, Pele telah mengemukakan saman bernilai AS$30 juta (RM117 juta) kepada Samsung kerana didakwa menggunakan seorang model lelaki bagi iklan UHDTV mereka yang menyerupai wajahnya.

Saman kepada Samsung telah difailkan oleh Pele di Chicago, Amerika Syarikat minggu lalu dan menurut bintang beraal dari Brazil itu, pihak Samsung sebelum ini ada menghubunginya untuk menjadi duta UHDTV mereka.

Namun Pele atau nama sebenarnya iaitu Edson Arantes do Nascimento, 75; tidak memberikan apa-apa persetujuan. Pada Oktober tahun lalu, iklan ini muncul menerusi akhbar terkenal The News York Times.

Menurut Pele, model lelaki dengan imej sebelah muka sahaja yang digunakan oleh Samsung ini menyerupai wajanya dan paparan pada skrin televisyen di situ juga menunjukkan satu perlawanan bola sepak.

Iklan bola sepak dan model yang berwajah hampir sama dengan Pele ini menunjukkan seolah-olah dia memberikan sokongan terhadap produk tersebut yang dikeluarkan oleh Samsung. – MYNEWSHUB.CC

Tags: bola sepaksamanSamsungTeknologi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gaduh Ketika Perlawanan Bola Sepak: 4 Pemain Dikenakan Bon Jaga Keamanan 6 Bulan

Gaduh Ketika Perlawanan Bola Sepak: 4 Pemain Dikenakan Bon Jaga Keamanan 6 Bulan

14/08/2025
0

TELUK INTAN: Empat lelaki dikenakan bon menjaga keamanan selama enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana bergaduh...

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 24 Jun ini untuk mendengar saman pemula difailkan UMNO bagi mendapatkan pengisytiharan supaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd