• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kuota Haji Tahun Ini Kekal 22,320 Orang

oleh Ahmad Albab
28/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kuota jemaah haji Malaysia bagi tahun ini kekal sebanyak 22,320 orang seperti tahun lalu, kata Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH) Tan Sri Ismee Ismail.

Beliau berkata perkara itu diputuskan kerajaan Arab Saudi pada mesyuarat Menteri Haji pada dua bulan lalu, yang dihadiri beliau bersama-sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

“Saya yakin mereka (Arab Saudi) membuat keputusan ini berdasarkan perkiraan mereka mengenai pembinaan di Masjidil Haram di Makkah yang masih berjalan selain mengambil kira keselamatan dan keselesaan jemaah haji,” katanya.

Ismee berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan zakat perniagaan TH berjumlah RM2.78 juta bagi tahun 2015 kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) di Istana Abdul Aziz di sini, hari ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang merupakan Yang Dipertua MUIP.

Kuota sebanyak 22,320 orang itu bermula sejak 2013 ekoran keputusan kerajaan Arab Saudi mengurangkan 20 peratus daripada jumlah 29,700 jemaah yang dibenarkan sebelum ini, ekoran kerja perluasan dan pembangunan di Masjidil Haram.

Sementara itu, mengulas mengenai pembayaran pampasan kepada keluarga tujuh jemaah Malaysia yang terkorban dalam insiden kren tumbang di Masjidil Haram pada 11 Sept lalu, Ismee berkata perkara itu masih belum dimuktamadkan.

“Belum ada kata putus cara pampasan akan dibayar (Arab Saudi), namun kita yakin ia akan dibuat dalam masa terdekat,” katanya.

Penjaga dua kota suci iaitu Raja Salman, seperti dilaporkan Saudi Press Agency telah memerintahkan pembayaran SR1 juta (RM1.14 juta) kepada keluarga mangsa yang terkorban, SR1 juta kepada mereka yang cedera hingga mengakibatkan hilang upaya kekal, dan SR500,000 kepada tiap seorang yang cedera.

Berhubung pembayaran zakat itu, Ismee berkata selain Pahang, TH telah menjelaskan zakatnya di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka manakala pembayaran di Selangor dan Pulau Pinang dijadualkan berlangsung minggu ini.

TH merupakan antara institusi penyumbang tertinggi zakat perniagaan di Malaysia dan bagi tahun 2015, TH mencatatkan pembayaran zakat berjumlah RM59.3 juta berbanding RM57 juta pada tahun sebelumnya.

Pada majlis sama, TH Plantations Berhad yang diwakili Pengarah Perladangannya Radin Rosli Suhadi turut menyerahkan zakat berjumlah RM504,987 kepada MUIP, melibatkan pembayaran zakat bagi keseluruhan ladang di Pahang. – BERNAMA

Tags: kuota haji
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Terus Bersuara Untuk Rakyat Walaupun Adun Bebas

Next Post

14 Kes Strok Haba Sejak 1 Mac – KP Kesihatan

Related Posts

Mangsa Banjir Terengganu Meningkat Kepada 2,105 Orang

TH Nafi Agih Kuota Haji Kepada Pihak Swasta

25/01/2024
0

SHAH ALAM - Lembaga Tabung Haji (TH) menafikan dakwaan pihaknya mengagihkan kuota tertentu kepada syarikat swasta atau Pengendali Jemaah Haji...

Kuota Haji Malaysia Tahun Ini Sebanyak 31,600 Orang

Kuota Haji Malaysia Tahun Ini Sebanyak 31,600 Orang

10/01/2023
0

Malaysia menerima kuota penuh bagi musim haji tahun ini iaitu sebanyak 31,600 orang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal...

Next Post

14 Kes Strok Haba Sejak 1 Mac - KP Kesihatan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd