• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPN Nafi M16 Diguna Dalam Kes Tembak Di Sepang

oleh Ahmad Albab
26/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan senjata api yang digunakan dalam kes tembak berhampiran pekan Chaterfield, Pusat Komersil KLIA di Sepang malam tadi, bukannya senapang M16.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kelongsong peluru yang ditemui di lokasi kejadian adalah jenis 9MM, dipercayai milik pistol.

“Biarlah kami menjalankan siasatan…kalau ada perkembangan, kita akan maklum kemudian,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Agung Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Ke-23 hari ini.

Dalam kejadian 8.45 malam tadi, seorang pengawal peribadi kepada ahli perniagaan cedera parah selepas ditembak dua lelaki yang menaiki kereta berasingan berhampiran pekan Chaterfield.

Kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius pada bahagian belakang bahu kanannya akibat terkena tiga das tembakan.

Beliau dirawat di Hospital Putrajaya.

Mengulas lanjut, Khalid berkata polis akan mendapatkan kenyataan daripada mangsa dalam masa terdekat bagi mengetahui punca kejadian.

“Kita perlu tahu mengapa mangsa menjadi sasaran suspek, siasatan terperinci akan dilakukan terhadap mangsa juga,” katanya. – BERNAMA

Tags: kes tembak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

06/01/2026
0

KUALA LUMPUR | 6 Januari 2026 — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendakwa insiden tembak ala mafia yang semakin kerap...

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

25/11/2025
0

SEPANG: Lelaki ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di tepi jalan Batu 8, Jalan Banting-Dengkil, Dengkil, di sini malam tadi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd