• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Konsert Search Ditunda 30 Ogos, Pembeli Awal Dapat Tiket FREE

oleh AK-47
19/03/2016
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kumpulan rock Search mengumumkan 30 Ogos depan sebagai tarikh baharu penganjuran Konsert 35 Tahun Search.

Sebelum ini penganjur konsert Afjet Sdn Bhd telah pun mengumumkan bahawa konsert yang dijadualkan berlangsung pada 9 April depan, ditunda ke satu tarikh yang bakal dimaklumkan.

Keputusan dibuat atas faktor keselamatan para pengunjung memandangkan beberapa projek pembinaan sedang rancak berjalan di kawasan sekitar Stadium Merdeka, lokasi di mana konsert diadakan.

Vokalis Search, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman berkata, perkara berkenaan tidak boleh dipandang ringan kerana ia membabitkan keselamatan orang ramai.

“Keadaan di sekeliling stadium akan bertambah teruk selepas ini. Saya diberitahu, lot tempat letak kereta juga sudah tiada disebabkan kerja-kerja pembinaan terbabit.

“Pelbagai perancangan sudah diatur untuk memastikan keraian kali ini benar-benar hebat termasuk karnival yang dirancang di persekitaran konsert tetapi kini kawasan sudah ‘dimakan’ projek pembinaan,” katanya.

Tambah Amy, pemilihan tarikh baharu iaitu 30 Ogos juga selaras dengan keinginan mereka mahu mengajak peminat bersama-sama meraikan Hari Kemerdekaan pada keesokan harinya.

“Keputusan dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan penganjur dan anggota Search yang lain. Kami sepakat memilih 30 Ogos kerana ia umpama sambutan berganda apabila selain berhibur, konsert itu dapat meraikan Hari Kebangsaan.

“Kami sedar malam itu mungkin ada banyak konsert percuma tetapi tidak menganggapnya sebagai saingan. Kami mahu konsert ini diingati dan memberi makna yang cukup besar kepada Search dan peminat,” kata Amy ketika ditemui pada sidang media yang diadakan di Bangsar, pada Selasa.

Selain Amy, turut hadir adalah gitaris Search, Nasir Daud dan pengarah konsert yang juga wakil penganjur Afjets Sdn Bhd, Shamil Yusof.

Dalam pada itu Nasir berpendapat, penangguhan tarikh turut memberi peluang kepada Search untuk membuat lebih persediaan sebagai penambahbaikan bagi konsert itu.

Antaranya termasuk kesempatan mengundang gitaris terkenal dari kumpulan rock Jepun Loudness iaitu Akira Takasaki untuk membuat persembahan bersama mereka.

“Kami sudah pun menghantar undangan dan secara dasarnya, Akira sudah setuju untuk hadir dan mengadakan persembahan bersama kami,” kata Nasir.

Berita baik juga diumumkan buat pembeli tiket awal (sebelum penundaan) di mana mereka diberikan imbuhan istimewa oleh pihak penganjur dan kumpulan Search iaitu sekeping tiket percuma sebagai tanda penghargaan buat mereka.

Kepada anda yang ingin membeli tiket untuk menyaksikan konsert ini, ia masih dijual dan boleh didapati di laman sesawang www.ticketpro.com.my. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Amy SearchSearch
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Parkir Di Klinik Pembedahan Plastik Ikut Saiz Coli

Next Post

Anggota Tentera Seakan Sudah Tahu Ajalnya Bakal Tiba

Related Posts

Kostum, Pemegang Mikrofon Amy Search Di Hard Rock Desaru

01/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi rock legenda Amy Search terharu dan berbangga kerana salah satu koleksi kostum dan pemegang mikrofon miliknya...

Amy Search Sampaikan Ucapan Takziah

26/09/2019
0

VOKALIS kumpulan Search, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, menyampaikan ucapan takziah di atas kembalinya pemain drama kumpulan itu,...

Next Post

Anggota Tentera Seakan Sudah Tahu Ajalnya Bakal Tiba

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd