• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua Menteri Sarawak Terkenal Di London, Kata Nancy Shukri

oleh Ahmad Albab
27/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Ada kalangan penduduk di London telah menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri.

Mereka menyatakan hasrat itu semasa lawatan rasmi beliau ke London, katanya dan menurutnya mereka kagum dengan pendekatan ketua menteri dalam mengendalikan isu-isu.

Nancy berkata Adenan telah membuat beberapa keputusan bagi meringankan beban rakyat seperti menghapuskan bayaran tol, menurunkan tambang feri dan menambah bantuan kebajikan untuk rakyat.

“Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kita terkenal di luar negara,” katanya pada Program Jalinan Kasih Armanda Pemuda dan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) kawasan Dewan Undangan Negeri Sadong Jaya di Kampung Iboi, Sadong Jaya, malam tadi.

Nancy turut memuji Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Aidel Lariwoo yang bijak mengurus tadbir pengundi di kawasan diwakilinya.

“Beliau telah memberi khhidmat yang cemerlang dalam tempoh tidak sampai lima tahun menjadi wakil rakyat,” katanya, dan menyeru pengundi memberi sokongan padu kepada Aidel untuk mempertahankan kerusinya pada pilihan raya negeri akan datang.

Aidel, dalam ucapannya berkata kerajaan telah memperuntukkan RM8.58 juta untuk pembinaan jalan raya, RM5 juta untuk prasarana dan RM2.2 juta untuk masjid dan surau di kawasan itu.

Beliau berkata pembangunan paling besar ialah rancangan pembinaan Jambatan Batang Lupar dengan kos RM1 bilion sepertimana diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak awal tahun ini. – BERNAMA

Tags: Adenan SatemNancy Shukri
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Selesai Berpantang, Liyana Jasmay Mahu Kembali Fokus

Next Post

37 Tan Beras Import Dirampas Di Klang

Related Posts

Nancy Lancar Jabatan Khusus Isu Kanak-Kanak

Nancy Lancar Jabatan Khusus Isu Kanak-Kanak

06/08/2024
0

Kerajaan telah mengambil langkah penting ke arah meningkatkan perlindungan dan kebajikan kanak-kanak dengan pelancaran rasmi Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) di...

Nancy Bidas Guan Eng Gelar Rakyat Sarawak Pengemis

15/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen dari Sarawak dilihat berang dengan kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang didakwa telah menghina...

Next Post

37 Tan Beras Import Dirampas Di Klang

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd