• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPM Serah Kes Gunting Lidah Kepada Polis Untuk Tindakan

oleh Ahmad Albab
30/03/2016
dalam Hangat, Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

BACHOK – Kementerian Pendidikan akan menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan berhubung kes seorang murid di Klang, Selangor yang didakwa dipaksa menggunting lidahnya oleh lima murid lain minggu lepas.

“Kes ini sudah jadi kes polis. Kita akan ikut apa sahaja tindakan yang akan diambil oleh pihak polis. Pada masa yang sama, kementerian juga akan meminta pihak sekolah tersebut membuat laporan penuh,” kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau merasmikan sambutan Jubli Emas 50 Tahun Sekolah Menengah Kebangsaan Pak Badol.

Buli Tahap Ekstrem, Murid Darjah 2 Dipaksa Potong Lidah Sendiri

Sementara itu di Klang, pihak polis mengesahkan menerima laporan berhubung kes tersebut yang melibatkan murid tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Batu Unjur, Bukit Tinggi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Azman Abdul Razak berkata laporan dibuat oleh ibu murid tersebut kira-kira pukul 2.30 petang semalam.

“Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, Muhammad Alif Shukran Alias, 8, dilapor dipaksa menggunting lidahnya sendiri sekiranya dia tidak mahu ditumbuk oleh murid-murid terbabit.

“Berikutan itu mangsa mengalami kecederaan di hujung lidahnya dan telah mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tengku Ampuan Rahimah,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Gambar Muhammad Alif Shukran yang cedera di lidahnya menjadi viral di Facebook sejak malam tadi.

Pengarah Pendidikan Selangor, Zainuren Mohd Nor pula berkata pihaknya akan menunggu hasil laporan siasatan polis berhubung kejadian tersebut sebelum mengambil sebarang tindakan susulan.

“Buat masa ini lima orang murid darjah tiga yang terlibat itu masih belum dikenal pasti dan setakat ini kita hanya mendengar aduan daripada ibu bapa mangsa berhubung kejadian berkenaan,” katanya.

Ibu mangsa Siti Nurhuda Ibrahim, 29, mahu tindakan wajar diambil bagi mengelakkan kejadian tersebut daripada berulang.

“Sebelum ini anak saya juga pernah mengadu dibuli. Tetapi saya tidak pasti sama ada pembulinya merupakan murid yang sama. Anak saya juga memberitahu lima murid terbabit memakai topeng kertas sebelum menghulurkan gunting kepadanya dan memaksa dia menggunting lidahnya sendiri,” katanya.

Beliau berkata beliau bercadang menukar anaknya ke sekolah lain. – BERNAMA

Tags: Mahdzir Khalid
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

BN, PH Guna Logo Sendiri Di Kedah – Mahdzir

BN, PH Guna Logo Sendiri Di Kedah – Mahdzir

14/05/2023
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Kedah akan menggunakan logo parti masing-masing pada Pilihan Raya Negeri...

Mahdzir Pertahan Jawatan Naib Presiden UMNO

Mahdzir Pertahan Jawatan Naib Presiden UMNO

23/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, hari ini, mengesahkan akan mempertahankan jawatan disandangnya pada Pemilihan UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd