• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan Awal Makmal Tunjuk Kesan Racun Serangga

oleh Ahmad Albab
05/03/2016
dalam Terkini
1
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Keputusan ujian makmal terhadap sembilan sampel darah mangsa keracunan makanan di Siputeh, Batu Gajah, Perak sehingga 12 tengah hari tadi mendapati terdapat petunjuk pendedahan kepada bahan kimia ‘organophosphorus’ (racun serangga).

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata keputusan itu mendapati sampel darah yang diterima itu menunjukkan paras ujian ‘cholinesterase’ dalam darah adalah rendah.

“Ini adalah petunjuk pendedahan kepada bahan kimia organophosphorus (racun serangga),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Setakat semalam, 37 orang terdiri daripada 30 lelaki dan tujuh wanita berumur lingkungan dua hingga 71 tahun dirawat di Hospital Batu Gajah (HBG) kerana mengalami muntah dan cirit-birit dipercayai keracunan makanan.

Dua puluh empat daripada mangsa kemudian dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada petang hari yang sama, sembilan masih menerima rawatan di HBG, manakala empat disahkan kritikal dan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, Perak.

Dr Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan kini sedang menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca dan penyebab sebenar keracunan makanan itu.

Beliau berkata berdasarkan tanda dan gejala yang dikesan pada kebanyakan pesakit, Pakar Klinikal dan Pakar Perubatan Kesihatan Awam mengesyaki kemungkinan terdapat pencemaran bahan kimia pada makanan yang dibeli dari gerai sama pagi semalam.

Katanya antara tindakan yang sudah diambil Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kinta dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak ialah menjalankan siasatan di hospital dan di rumah.

Pembeli Makanan Gerai Di Siputeh Diminta Jumpa Doktor

“PKD dan JKN juga telah melakukan analisa ringkasan kes yang dikesan, menjalankan siasatan dan pemeriksaan di gerai yang terbabit dan pengendali makanan,” jelasnya.

Pada masa sama, beliau berkata, sampel makanan, persekitaran, klinikal, bekalan air di gerai terbabit dan tiga kilang pesakit bertugas juga sudah diambil untuk analisa lanjut.

Sehubungan itu, Dr Noor Hisham berkata bilik gerakan di PKD Kinta dan HBG turut diaktifkan, selain meminta orang ramai di kawasan Batu Gajah mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami gejala-gejala keracunan makanan. – BERNAMA

Tags: keracunan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penarikan Subsidi Tepung 25kg Bukan Alasan Naikkan Harga Makanan

Next Post

Video: Maid Mandikan Budak Macam Nak Membunuh

Related Posts

20 Pelajar Keracunan Lepas Minum ‘Spirit’

20 Pelajar Keracunan Lepas Minum ‘Spirit’

09/06/2023
0

KOTA MARUDU – Seramai 20 pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah kebangsaan di Pitas dimasukkan ke hospital akibat keracunan makanan...

Karbon Monoksida Pembunuh Senyap

18/09/2020
0

KUALA LUMPUR - Keracunan karbon monoksida boleh terjadi walaupun dalam kuantiti yang sedikit dan ia adalah punca utama kecederaan dan...

Next Post

Video: Maid Mandikan Budak Macam Nak Membunuh

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd