• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemalangan Myvi: Saksi Beritahu Kereta Myvi Kuning Seperti Hilang Kawalan

oleh Ahmad Albab
04/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang saksi hari ini menjelaskan di Mahkamah Trafik di sini bahawa maksud sebuah kereta Myvi kuning dipandu dalam keadaan ‘melayang-layang’ dalam kemalangan tragis di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke) ialah kereta itu seperti hilang kawalan.

Eksekutif Insurans Rosmaliza Mazalan, 42, berkata kereta itu bergerak “melayang-layang” seperti hilang kawalan di lorong kanan sebelum melanggar sebuah Pajero.

Beliau berkata demikian ketika diminta menjelaskan maksud perkataan “melayang-layang” oleh Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim dalam keterangannya semalam.

Saksi itu memberi keterangan pada perbicaraan kes dua pemandu Myvi, Siti Noor Aini Mohd Said, 37, dan Mohammad Fizal Reza Jamauddin, 32, yang didakwa memandu secara berbahaya kepada orang awam dan menyebabkan kematian tiga beranak iaitu Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 27, dan bayi mereka, Nur Firuza Annisa, berumur enam bulan.

Siti Noor Aini dan Mohammad Fizal Reza didakwa melakukan kesalahan itu di KM6 Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke) dari arah Ulu Klang menghala Jalan Duta antara 12.31 tengah malam dan 12.35 tengah malam pada 2 Mei 2015.

Rosmaliza merupakan saksi kesembilan pendakwaan yang merupakan antara individu pertama berada di tempat kemalangan itu.

Ketika menjawab pertanyaan Suhaimi mengapa beliau memberi laluan kepada sebuah Myvi putih yang berada di belakangnya di Lebuhraya Duke, saksi itu berkata ianya bagi mengelakkan berlaku pelanggaran kerana Myvi itu berada terlalu dekat dengan keretanya.

“Ketika itu (kereta Myvi putih) ‘mencucuk-cucuk'(merapati) belakang kereta saya, saya memberi laluan supaya tidak dilanggar Myvi putih itu,” katanya.

Kereta Myvi kuning dipandu oleh Siti Noor Aini manakala Myvi putih dipandu Mohammad Fizal Reza.

Terdahulu, semasa pemeriksaan balas peguam S N Seelan yang mewakili Mohammad Fizal Reza, saksi itu memberitahu antara sebab lain beliau terlalu marah kepada pemandu Myvi putih itu kerana pemandu itu tidak mengaku membawa dalam keadaan laju dan ‘mencucuk’ (merapati) keretanya.

“Dia juga seperti tidak memikirkan keselamatan anak-anak saya yang berada dalam kereta di hadapannya,” katanya.

Pada perbicaraan hari ini Siti Noor Aini diwakili peguam Omar Bakhi Ahmad.

Perbicaraan di hadapan Majistret Zilfinaz Abbas bersambung pada 30 Mac. – BERNAMA

Tags: myviNahas Duke
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Kejar Suspek Curi Kereta Myvi Sejauh 40 Kilometer

Polis Kejar Suspek Curi Kereta Myvi Sejauh 40 Kilometer

01/12/2024
0

BESUT: Polis mengejar kenderaan dipandu seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes pecah rumah dan curi kenderaan di daerah ini...

70 Pusat Hiburan Di Seluruh Negara Digempur

Myvi Lawan Arus, Lima Kenderaan Kemalangan

01/01/2024
0

JOHOR BAHRU: Tindakan sebuah Perodua Myvi yang memandu melawan arus di Kilometer 2.6 Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL) di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd