• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluarkan Deposit, Mungkin 70 Tahun Baru Boleh Tunai Haji

oleh Ahmad Albab
19/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pendeposit Tabung Haji (TH) yang mengeluarkan deposit daftar haji bersama wang simpanan mereka, akan hilang giliran menunaikan haji sehingga 70 tahun, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pendeposit yang mengeluarkan simpanan mereka akibat percaya dengan fitnah dan tohmahan yang dilemparkan terhadap TH baru-baru ini, akan secara automatik keluar daripada giliran menunaikan haji, jika mereka turut mengeluarkan deposit daftar haji.

Pendeposit perlu meletakkan deposit RM1,300 daripada wang simpanan untuk pendaftaran haji dan diberikan tarikh peruntukan haji mengikut giliran.

Mereka juga terjejas akan ruang mendapat dividen dan bonus jika mengeluarkan semua wang simpanan mereka, katanya.

“Bila mereka keluarkan deposit, dia keluarkan dirinya daripada giliran menunaikan haji…bila mereka tarik diri dan kemudian daftar semula, dia terpaksa menunggu pula mungkin lebih daripada 70 tahun,” katanya menjawab soalan Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin).

“Ada 8.8 juta pendeposit yang hendak menunaikan haji dan menyimpan dengan TH kerana mereka lebih selesa akan dividen simpanan yang tinggi serta sistem yang mematuhi syariah,” katan Ahmad.

Beliau membangkitkan kesan yang diterima TH susulan surat yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia (BNM) kepada organisasi itu, yang diputar-belit sesetengah pihak.

Jamil Khir berkata penyebaran surat dari BNM melalui media telah menyebabkan TH dilemparkan dengan tuduhan-tuduhan rambang, analisis ‘separuh masak’ dan andaian negatif pelbagai pihak sehingga pendeposit TH menjadi mangsa.

“Situasi ini juga menyebabkan imej dan reputasi TH sebagai pengurus haji dan dana Islam yang cemerlang di Malaysia telah tercemar akibat daripada tuduhan-tuduhan tidak berasas ini,” katanya.

Terdahulu menjawab soalan asal Lim Guan Eng (DAP-Bagan), Jamil Khir menegaskan bahawa melalui surat maklum balas BNM bertarikh 26 Jan lepas, bank pusat itu berpuas hati bahawa TH secara proaktif melalui inisiatifnya telah mengambil langkah sewajarnya untuk memperkukuhkan pengurusan risiko dan kedudukan kewangan TH.

Katanya kenyataan BNM bahawa nilai aset TH hanya cukup untuk membayar 98 sen bagi setiap ringgit nilai liabiliti pula hanya merujuk kepada sebahagian aset TH iaitu Aset Yang Tersedia Jual.

“Namun begitu TH masih mempunyai aset-aset tidak dinilaisamakan melalui aset dalam anak syarikat, syarikat bersekutu, syarikat kerjasama dan aset aset hartanah dengan nilai keseluruhan aset-aset TH yang dinilaisamakan adalah positif dan melebihi liabiliti TH pada Disember 2015,” kata Jamil Khir.

Beliau berkata nilai portfolio aset boleh direalisasi TH pada 31 Dis 2015 adalah sebanyak RM60 bilion, melebihi liabiliti dan dana pendeposit iaitu sebanyak RM59.3 bilion.

Katanya kedudukan kewangan TH bagi tahun 2015 adalah kukuh walaupun mendapat teguran BNM dan tertinggi sejak ditubuhkan dan pembayaran bonus bagi tahun 2015 lebih tinggi dariapda tahun-tahun antara 1994 hingga 1999.

“Purata pembayaran bonus antara tahun 1994 hingga 1999 adalah di bawah RM550 juta, manakala pembayaran bonus untuk 2015 berjumlah RM3.2 bilion,” katanya. – BERNAMA

Tags: Jamil Khirjemaah haji
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pecah masuk Rumah & Curi Barang, Penganggur Dipenjara 4 Bulan

Next Post

‘Ustaz Kasanova’ Dipenjara 5 Bulan, Denda RM4,000

Related Posts

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

18/06/2024
0

JAKARTA : Sekurang-kurang 138 jemaah haji Indonesia telah meninggal dunia di Arab Saudi pada musim haji tahun ini, menurut Konsulat...

300 Bakal Jemaah Haji Terkandas Boleh Berada Di Makkah Hingga 23 Mei

300 Bakal Jemaah Haji Terkandas Boleh Berada Di Makkah Hingga 23 Mei

15/05/2024
0

Kuala Lumpur : Seramai 300 bakal jemaah haji yang terkandas di Makkah berada dalam keadaan baik dan selamat. IKUTI CHANNEL...

Next Post

'Ustaz Kasanova' Dipenjara 5 Bulan, Denda RM4,000

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd