• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kawasan Pelupusan Sampah Di Teluk Intan Terbakar

oleh Ahmad Albab
29/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TELUK INTAN – Lebih 2.3 hektar kawasan pelupusan sampah milik Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) di Batu 7, Jalan Changkat Jong di sini terbakar sejak Ahad dipercayai akibat cuaca panas dan kering.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan, Zulkafli Abdullah merangkap komandan operasi mengawal kebakaran berkata kebakaran membabitkan longgokan sampah yang mengakibatkan asap tebal menyelubungi kawasan terbabit.

“Kita menerima panggilan kecemasan kira-kira 4 petang Ahad daripada orang ramai dan ketika sampai, didapati api menjulang marak membakar sampah di kawasan pelupusan itu.

“Sehingga kini anggota bomba termasuk anggota bantuan dari balai bomba Tapah, Bidor, dan Hutan Melintang bergilir-gilir melakukan operasi memadam kebakaran,” katanya.

Punca kebakaran masih disiasat.

Menurut Zulkafli, angin kencang dan cuaca panas kering menyukarkan usaha untuk mengawal kebakaran yang menyebabkan pihak bomba terpaksa menggunakan hos pemadam sepanjang 2,000 kaki bagi menarik sumber air dari Sungai Bidor.

Bomba turut mendapatkan bantuan jengkaut MPTI bagi meratakan timbunan sampah setinggi 40 kaki itu, katanya.

Beliau menjangka kebakaran dapat dipadam dalam tempoh seminggu bergantung kepada faktor cuaca.

Kali terakhir kebakaran berlaku di tapak pelupusan itu ialah pada 2014. – BERNAMA

Tags: BombaSampah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KDN Akan Bincang Dengan KPKT Selaras Operasi Banteras Along

Next Post

Selepas 20 Tahun Sheila On 7 Masih Terus Dipuja Ramai

Related Posts

Kebakaran Saluran Paip Gas, 7 Mangsa Diselamatkan – Bomba

Kebakaran Saluran Paip Gas, 7 Mangsa Diselamatkan – Bomba

01/04/2025
0

SUBANG JAYA: Tujuh mangsa, termasuk dua warga Malaysia diselamatkan susulan kebakaran akibat kebocoran saluran paip gas PETRONAS di Jalan Putra...

Bomba Selamatkan Budak Terperangkap Dalam Tempayan

Bomba Selamatkan Budak Terperangkap Dalam Tempayan

02/03/2025
0

SHAH ALAM: Seorang budak lelaki berdepan detik cemas apabila sebahagian badannya tersangkut dalam tempayan ketika mandi dalam kejadian di sebuah...

Next Post

Selepas 20 Tahun Sheila On 7 Masih Terus Dipuja Ramai

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd