• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaukus Parlimen Mengenai Perjudian Haram Bakal Ditubuhkan

oleh Ahmad Albab
21/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kaukus Parlimen mengenai perjudian haram akan ditubuhkan bagi mencari penyelesaian menyeluruh terhadap masalah itu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berharap kaukus itu dapat ditubuhkan secepat mungkin bagi membolehkan pihak kerajaan dan pembangkang bersama-sama menggubal langkah efektif untuk memerangi judi haram.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menyatakan kesediaan kerajaan untuk menerima cadangan penubuhan kaukus itu, yang dikemukakan Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bahru) semasa menggulung usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

“Saya harap kita sama-sama dapat lakukannya dengan segera untuk melihat akta atau dasar yang ada, dan beberapa prosedur supaya kita dapat perkemaskan dan mencari penyelesaian terhadap permasalahan ini,” katanya.

Selain menambah baik undang-undang sedia ada, katanya kerjasama daripada masyarakat dengan mendukung nilai-nilai murni melalui pendidikan formal dan tidak formal juga penting bagi membendung masalah itu.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu kepada wartawan di Lobi Parlimen, Ahmad Zahid berkata beliau akan membawa usul penubuhan Kaukus Parlimen itu ke mesyuarat mingguan Kabinet Jumaat ini.

“Saya menawarkan diri menjadi pengerusi Kaukus ini dan kita akan melihat aspek semua akta perjudian atau pun akta yang ada pada penguat kuasa atau akta di bawah pihak berkuasa tempatan bagi mengatasi masalah perjudian secara konvensional atau dalam talian,” katanya.

Beliau berkata kerajaan juga akan memohon kerjasama Polis Antarabangsa (Interpol) dan penguat kuasa lain di negara-negara luar ASEAN kerana permasalahan itu dihadapi akibat server aktiviti judi di luar negara.

Terdahulu, dalam ucapan penggulungannnya, Ahmad Zahid memaklumkan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bekerjasama dengan Pejabat Peguam Negara untuk membuat beberapa pindaan terhadap Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Akta 289) yang disifatkannya tidak lagi relevan dalam membanteras judi haram khususnya yang melibatkan akitiviti perjudian dalam talian.

Antara cabaran yang dihadapi pihak berkuasa dalam membanteras aktiviti perjudian haram ialah kekerapan pengendali (operator) menukar modus operandi mereka seperti dari beroperasi di kedai ke kondominum dan rumah kediaman dan menggunakan server luar negara (bagi perjudian dalam talian).

Selain itu, pengendali pusat perjudian haram juga didapati mengupah ‘tonto’ (pemerhati dan pemberi maklumat) untuk memantau pergerakan pihak berkuasa, yang membolehkan mereka melarikan diri sebelum serbuan dibuat. – BERNAMA

Tags: JUDIZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd