• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jalsoa Kecam Tindakan Majlis Peguam

oleh Ahmad Albab
17/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (Jalsoa) mengecam tindakan Majlis Peguam mahu mengemukakan usul bagi mendesak Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali meletakkan jawatan dalam Mesyuarat Agong Luar Biasa badan tersebut.

Jawatankuasa Eksekutif Jalsoa dalam satu kenyataan media berkata, tindakan Majlis Peguam itu mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan pegawai-pegawai perkhidmatan kehakiman dan perundangan yang merupakan sebahagian daripada institusi perundangan Malaysia.

“Pegawai-pegawai perkhidmatan kehakiman dan perundangan berperanan melaksanakan tugas-tugas menegakkan keadilan dan melindungi kedaulatan undang-undang di negara ini.

“Sehubungan itu, selaras dengan Perkara 15 (1) Perlembagaan Jalsoa, satu Mesyuarat Agung Luar Biasa akan diadakan bagi membahaskan usul antaranya menolak usaha campur tangan dan tekanan oleh mana-mana badan lain termasuk Majlis Peguam dalam urusan institusi Peguam Negara untuk melaksanakan kuasa dan budi bicara seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia,” tegas kenyataan itu hari ini.

Menurut Jalsoa, tindakan Majlis Peguam itu seolah-olah mempertikaikan proses perundangan yang telus dan sedia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kata Jalsoa, langkah itu boleh juga dilihat sebagai mengganggu perlaksanaan kuasa dan budi bicara Peguam Negara Malaysia seperti yang diperuntukkan oleh Fasal (3) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

“Jalsoa yang antara lainnya berperanan untuk menjaga kebajikan ahli-ahlinya, mengecam tindakan Majlis Peguam tersebut,” katanya.

Kelmarin, Presiden Majlis Peguam, Steven Thiru memberitahu pihaknya akan mengemumkan usul untuk membincangkan kedudukan Peguam Begara dalam Mesyuarat Agong Luarbiasa Majlis Peguam pada Sabtu ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Apandi Ali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tun M Persoal Mengapa Tiada Tindakan Terhadap Apandi

Tun M Persoal Mengapa Tiada Tindakan Terhadap Apandi

26/10/2022
0

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan mengapa sehingga kini tiada sebarang siasatan atau tindakan diambil...

Apandi Ali Saman Kit Siang RM10 Juta

15/07/2019
0

KUALA LUMPUR - Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali memfailkan saman fitnah terhadap Penasihat DAP, Lim Kit Siang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd