• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Teksi Vs Uber/GrabCar: PM Bakal Umum Penyelesaian Adil

oleh
01/04/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Satu penyelesaian dan dasar yang adil serta saksama membabitkan nasib pemandu teksi dan perkhidmatan pemandu kereta Uber dan GrabCar di Malaysia akan diumumkan dalam masa terdekat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata beliau faham dan prihatin terhadap masalah dan rungutan dalam kalangan pemandu teksi disebabkan oleh penggunaan perkhidmatan pemandu kereta Uber dan GrabCar.

Kemunculan dua jenis perkhidmatan atas talian itu dilihat mengganggu pendapatan mereka. Justeru kata beliau, isu berkenaan bukanlah eksklusif di Malaysia malah dihadapi dan sedang diteliti di banyak negara lain.

“Seperti yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), pihak kerajaan sedang mengkaji dan meneliti cadangan bagi menangani dua isu pokok di sini.

“Pertamanya pendapatan dan kebajikan pemandu teksi dan keduanya isu kereta sewa seperti Uber dan GrabCar yang menggunakan aplikasi telefon pintar,” katanya di dalam blog rasmi beliau, NajibRazak.com pada Khamis.

Perdana Menteri berkata, terdapat pelbagai faktor yang pihak kerajaan perlu pertimbangkan dan mengimbangi dalam hal ini seperti elemen inovasi, persaingan dan sebagainya.

Beliau seterusnya berkata, dalam era serba canggih dan berinovasi ini, negara perlu bersedia untuk menerima dan bergerak seiring dengan perkembangan teknologi terbaharu.

taxi

Kata Najib lagi, situasi persaingan mesti juga dilihat sebagai batu loncatan dan bukan halangan supaya perkhidmatan terbaik akhirnya dapat dinikmati oleh rakyat.

“Biarpun begitu, kerajaan tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam hal ini. Kepentingan kedua-dua pihak pengguna dan penyedia perkhidmatan sedia ada tetap jadi pertimbangan utama kerajaan ketika rangka penyelesaian dibincangkan dan disediakan.

“Saya berharap tidak ada pihak yang bertindak ikut emosi dan mengambil langkah drastik lagi seperti protes di jalanan yang hanya akan memudaratkan keadaan serta imej pihak tertentu dan tidak bawa apa-apa kebaikan langsung, terutamanya bagi pengguna perkhidmatan teksi,” katanya lagi.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Polis Diraja Malaysia yang bertindak pantas dan profesional dengan mengawal keadaan trafik ketika berlaku kejadian protes oleh pemandu teksi di Bukit Bintang baru-baru ini serta memberi peluang kepada pemandu teksi untuk bersurai terlebih dahulu sebelum tindakan seterusnya diambil.

Dalam kejadian protes pemandu teksi di Bukit Bintang pada Selasa lepas telah menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di sekitar pusat bandar raya.

teksi

Manakala lima lelaki berusia antara 30-an hingga 50-an ditahan kerana halang anggota polis menjalankan tugas sewaktu tunjuk perasaan pemandu teksi terhadap perkhidmatan ‘kereta sapu’ profesional, Uber dan GrabCar.

Dua teksi turut disita selepas Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Supritendan Habibi Majinji berunding dengan hampir 100 pemandu teksi yang bertindak menghalang lalulintas di Jalan Bukit Bintang sejak jam 10 pagi.

Mereka meletak kenderaaan di sepanjang jalan dan menyebabkan keseluruhan lalu lintas di jalan terbabit terhenti.

Polis terpaksa mengalihkan trafik dari laluan menuju ke Jalan Bukit Bintang bagi mengelakkan orang awam terperangkap dalam kesesakan.

Kumpulan pemandu teksi terbabit bagaimanapun enggan bersurai malah sebahagian mereka bertindak menghalang tugas anggota polis.

Dalam pada itu, SPAD dalam satu kenyataan memaklumkan sedang mengambil langkah bagi memastikan aplikasi seperti Uber dan GrabCar dapat dikawal selia di bawah undang-undang dan tidak gugat industri teksi sedia ada.

Usaha itu bagaimanapun memerlukan masa dan SPAD prihatin terhadap isu-isu di dalam industri teksi tempatan bahkan sedang berusaha bagi mendapatkan penyelesaian sesuai.

Ini sekali gus bagi meningkatkan pendapatan dan kebajikan pemandu teksi dengan penyelarasan sistem pajak yang digunakan oleh pengendali teksi pada masa ini. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: Jalan Jem, Pemandu Teksi Protes Uber, Grabcar Depan Pavilion

Tags: SPADTeksiUber
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

RM89.2j Bayaran Balik Khas GST Dibayar Sehingga 9 Mac 2016

Next Post

Jerebu: Tiada Sekolah Di Sabah Ditutup Setakat Ini

Related Posts

GTSM Dakwa Wujud Unsur Rasuah Dalam SPAD

28/05/2022
0

SHAH ALAM - Gabungan Teksi Malaysia (GTSM) mendakwa wujud unsur rasuah yang dilakukan pihak tertentu dalam Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat...

Teksi Boleh Bawa Penumpang Antara Singapura – Johor Bahru

01/05/2022
0

SINGAPURA : Mulai hari ini, penumpang yang menyeberangi Tambak Johor boleh mendapatkan khidmat sehingga 240 teksi yang dibenarkan untuk membawa...

Next Post

Jerebu: Tiada Sekolah Di Sabah Ditutup Setakat Ini

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd