• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hukuman Penggantungan Sazali Kekal – PBBM

oleh Ahmad Albab
31/03/2016
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hukuman penggantungan selama empat tahun yang dikenakan ke atas jaguh bina badan negara, Sazali Samad oleh Persekutuan Bina Badan Malaysia (PBBM), kekal.

Setiausaha PBBM, Kamaruzaman Kadir berkata keputusan itu diputuskan oleh Jawatankuasa Rayuan PBBM selepas dua kali bermesyuarat bagi membincangkan rayuan Sazali untuk mengurangkan hukumannya.

Jawatankuasa Rayuan itu dipengerusikan oleh Datuk Wira Masood Zainal Abidin yang juga Naib Presiden PBBM.

“Setelah dua kali bersidang dan meneliti segala bukti, mengambil kira segala fakta, penjelasan dan pendapat daripada beberapa pihak…kami membuat keputusan untuk mengekalkan hukumannya,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Laporan media pada Rabu melaporkan bahawa Sazali tidak menerima sebarang maklum balas daripada PBBM selepas dua minggu Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerahkan surat sokongan melibatkan jaguh bina badan negara itu.

Peguam kepada Sazali, Mohd Norasmawi Norani meminta PBBM membuat keputusan secepat mungkin ekoran hukuman itu sedikit sebanyak mengganggu perancangan Sazali yang masih bersemangat membuat latihan serta memberi motivasi kepada pihak memerlukan.

Sazali digantung empat tahun selepas gagal dalam ujian doping yang dijalankan oleh Agensi Antidoping Malaysia (Adamas) pada 1 Sept lepas.

Sazali pernah memenangi kejuaraan Mr Universe sebanyak 10 kali, iaitu di Melaka pada 2000; Moscow, Rusia (2004); Ostrava, Republik Czech (2006); Jeju, Korea Selatan (2007); Dubai (2009); Varanasi, India (2010); Melaka (2011); Bangkok, Thailand (2012), Budaors, Hungary (2013) dan Mumbai, India (2014).

Anak jati Batu Pahat, Johor itu yang digelar ‘Orang Besi Malaysia’, pernah meraih sembilan kali gelaran Mr Asia pada 1996, 1998, 1999, 2000, 2004, 2009, 2010, 2012 dan 2014. – BERNAMA

Tags: Sazali Samad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tindakan Sazali Mahu Rujuk Kes Ke CAS Perkara Sia-Sia

29/12/2016
0

KUALA LUMPUR - Bekas jaguh bina badan negara, Datuk Malek Noor menyifatkan tindakan Sazali Samad yang bercadang untuk merujuk kes...

Sazali Terpaksa Tunggu Sehingga 2019

28/12/2016
0

KUALA LUMPUR - Jaguh bina badan negara, Sazali Samad terpaksa menunggu sehingga 2019 sebelum kembali semula ke pentas antarabangsa selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd