• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Maut Lepas Mengadu Pening Ketika Perhimpunan

oleh Ahmad Albab
22/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANDAR BAHARU – Seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubuk Buntar meninggal dunia akibat sakit jantung selepas mengadu pening ketika berucap pada perhimpunan hari pertama persekolahan pagi semalam.

Guru Prinsip Akaun, Suzana Ishak, 48, baru memulakan ucapan pada perhimpunan pagi kira-kira jam 7.45 pagi apabila mengadu sakit kepala sebelum meminta guru lain meneruskan ucapan pada perhimpunan itu.

Pengetua SMK Lubuk Buntar, Azaman Abdul Rahman, berkata Suzana tiba kira-kira jam 7 pagi dan memaklumkan kepadanya beliau adalah guru bertugas minggu ini.

“Dia mengadu pening sebelum dipapah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PKHEM) untuk dibawa ke dalam bilik makmal sains berdekatan kawasan perhimpunan untuk berehat.

“Ketika berbual, Suzana memberitahu dia banyak minum air kerana cuaca panas akibat bimbang terkena strok haba. Dia juga mengadu mahu muntah dan selepas dua kali muntah, Suzana hampir rebah tetapi sempat dipegang PKHEM,” katanya.

Sementara itu, adik bongsu mangsa, Sazli Ishak, 44, berkata kakak keenam daripada tujuh beradik itu tidak mempunyai masalah kesihatan lain dan kematiannya pagi tadi sesuatu yang mengejutkan.

“Arwah meninggalkan seorang anak lelaki berusia sembilan tahun,” katanya.

Jenazah Suzana dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Permatang Pasir selepas solat Asar petang semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Deputi Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood mengesahkan kejadian dan berkata mangsa meninggal akibat masalah jantung.

“Mangsa meninggal dalam perjalanan ke Hospital Parit Buntar, Perak,” katanya. – Berita Harian

Tags: Guru
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Helikopter Tentera Indonesia Terhempas, 13 Terkorban

Next Post

Jentera Bomba Pun Kena Curi

Related Posts

Guru Tidak Perlu Cetak e-RPH Setiap Minggu – KPM

Guru Tidak Perlu Cetak e-RPH Setiap Minggu – KPM

01/05/2025
0

Putrajaya: Kementerian Pendidikan (KPM) menarik semula arahan yang dikeluarkan sebelum ini berhubung keperluan guru mencetak Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian Secara...

Guru Buat Laporan Polis Terima Mesej Perkauman Daripada Penghantar Makanan

Guru Buat Laporan Polis Terima Mesej Perkauman Daripada Penghantar Makanan

23/04/2025
3

GEORGE TOWN - Seorang guru wanita berusia 27 tahun dari Machang Bubok, Seberang Perai Tengah membuat laporan polis selepas menerima...

Next Post

Jentera Bomba Pun Kena Curi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd