• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Golongan Muda Perlu Kikis Gaya Hidup Berhutang Di Luar Kemampuan

oleh Ahmad Albab
08/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihatkan golongan muda terutama yang beragama Islam agar mengikis gaya hidup berhutang di luar kemampuan mereka.

Beliau berkata Islam mengharuskan untuk berhutang tetapi tidak bermaksud menggalakkan umatnya berhutang atau membuat pinjaman kewangan bagi tujuan yang melebihi keperluan asas kehidupan mereka.

“Contohnya mahu membeli kereta secara berhutang. Pembayaran ansuran bulanan sewa belinya perlulah juga mengambil kira kos tambahan yang akan ditanggung secara berkala iaitu dari segi perbelanjaan minyak, tol dan penyelenggaraan kereta tersebut,” katanya ketika menutup Seminar Perbankan Islam peringkat negeri di sini hari ini.

Mohd Asri berkata pengetahuan mengenai pinjaman harus dititikberatkan bagi mengelak keberhutangan dalam tempoh panjang dan melebihi kemampuan atau gaji bulanan si penghutang.

“Golongan muda yang suka membuat hutang baru walhal hutang lama belum habis dijelaskan sewajarnya mengubah gaya hidup seperti ini yang tidak dianjurkan oleh Islam,” katanya.

Mohd Asri berkata yang lebih teruk ialah apabila segelintir umat Islam berhutang semata-mata untuk mendapatkan modal perniagaan atau menyertai skim cepat kaya.

“Individu yang bijak mengurus kewangan adalah sebaliknya iaitu berhutang untuk membeli rumah dan kenderaan sebagai pengangkutan asas yang menjadi tuntutan pada zaman ini,” tambahnya.

Beliau menasihatkan golongan muda supaya mempelajari ilmu mengurus kewangan agar tidak terjerumus dalam kancah keberhutangan sehingga hidup mereka menjadi susah dan tidak menunaikan kewajipan tuntutan sebagai seorang Islam.

Terdahulu Ketua Pegawai Syariah Bank Islam Malaysia Berhad, Mohd Nazri Chik dalam syarahannya berkata Bank Islam dibenarkan mengambil deposit daripada tokong, gereja, rumah ibadat dan organisasi bukan Islam tetapi tidak dibenarkan mengambil deposit daripada syarikat perjudian, instrumen kewangan yang secara jelas dikaitkan dengan aktiviti perjudian, arak dan aktiviti yang diharamkan mengikut syarak.

Beliau menyampaikan syarahan bertajuk ‘Isu-Isu Syariah Dalam Sistem Kewangan dan Pelaburan Kontemporari’.

Katanya pihaknya perlu amanah dalam memilih penerima pembiayaan yang baik untuk memastikan bank dapat memberi pulangan kepada pelabur.

Seorang lagi panel iitu pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Akram Datuk Dahaman yang bercakap mengenai ‘Perbankan Islam: Komentar dan Harapan’ berkata perbankan Islam secara tidak langsung merupakan platform dakwah kepada pelanggan bukan Islam yang memilih sistem tanpa riba.

Beliau berkata sistem perbankan Islam sudah semakin mendapat tempat dalam kalangan bukan Islam tetapi masih banyak perlu dilakukan bagi memberi kefahaman jelas mengenai konsep perbankan Islam. – BERNAMA

Tags: Mufti Perlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apakah Undang-Undang Hanya ‘Cengih’ Untuk Yang Beragama Islam Sahaja? – Mufti Perlis

Apakah Undang-Undang Hanya ‘Cengih’ Untuk Yang Beragama Islam Sahaja? – Mufti Perlis

14/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Mohd. Asri Zainul Abidin mempersoalkan sama ada undang-undang di negara ini dilihat hanya...

Mufti Perlis Bimbang Anasir Hindutva Di India Menular Ke Malaysia 

Mufti Perlis Bimbang Anasir Hindutva Di India Menular Ke Malaysia 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menzahirkan kebimbangan terhadap kemungkinan pengaruh pengganas gerakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd