• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Geng Pondan Ditahan Disyaki Samun Pelancong Asing

oleh Ahmad Albab
03/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Lima lelaki yang berpakaian dan berkelakuan seperti wanita ditahan kerana disyaki menyamun seorang pelancong asing di Jalan Penang di sini Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata golongan pondan itu adalah antara yang ditahan dalam operasi di Jalan Chulia kira-kira pukul 11 malam tadi.

“Dalam operasi itu, polis menahan 12 lelaki yang berpakaian dan berkelakuan seperti wanita termasuk lima yang disyaki terlibat dalam kejadian samun awal pagi Selasa itu,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata dalam kejadian samun itu, sekumpulan lima pondan menahan seorang pelancong lelaki yang baru keluar dari sebuah kedai serbaneka sebelum mengarahkan mangsa yang berusia 30-an menyerahkan wang tunai jika tidak mahu dia dicederakan.

Mior Faridalatrash berkata operasi dijalankan di kawasan itu selepas pihaknya mendapat maklumat mengenai aktiviti lelaki yang berpakaian dan berkelakuan seperti perempuan kembali bertapak di situ.

Tujuh lagi lelaki termasuk seorang warga Indonesia berpakaian seperti wanita turut ditahan menurut Seksyen 28 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996, katanya.

Beliau berkata lelaki Indonesia yang berpakaian dan berkelakuan seperti wanita itu juga didapati melanggar syarat pas lawatan sosial. – BERNAMA

Tags: kes samunPondan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Muhyiddin Diingatkan Jangan Jadi Gunting Dalam Lipatan

Next Post

Starbucks UK Ajar Barista Bantu Ibu Menyusu Anak

Related Posts

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

16/03/2025
0

Kuala Terengganu: Lelaki yang ditembak mati di Besut pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan...

Penyamun Bersenjata Kerambit Diberkas

Penyamun Bersenjata Kerambit Diberkas

12/05/2024
2

Kota Kinabalu : Penjenayah yang melarikan diri selepas menyamun sebuah kedai runcit di Kampung Mempikit Laut, di sini, menggunakan kerambit,...

Next Post

Starbucks UK Ajar Barista Bantu Ibu Menyusu Anak

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd