• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Empat Rumah Rosak Dibadai Puting Beliung

oleh Ahmad Albab
09/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Empat rumah di Taman Wira Mergong rosak di bahagian bumbung selepas dibadai puting beliung kira-kira pukul 3.30 petang tadi.

Sebelum kejadian, pusaran puting beliung itu dilihat di kawasan Titi Gajah, di sini kira-kira pukul 3.18 petang sebelum ia bergerak dan membadai rumah di kawasan perumahan tersebut.

Leow Hua Tai, 61, berkata ketika kejadian beliau sedang menonton televisyen bersama isterinya Chu Kooi Hua, 53, di ruang tamu sebelum terdengar bunyi kuat di rumahnya.

“Kejadian dalam pukul 3.30 petang dan masa itu saya ingat ada orang bermain mercun di hadapan rumah dan apabila saya keluar, saya nampak bumbung telah diterbangkan tetapi tidak nampak pusaran puting beliung tersebut.

“Nasib baik tiada siapa yang cedera dan beberapa keping atap bumbung juga tidak jatuh di atas kereta,” katanya yang ditemui di rumahnya.

Sementara itu, Mohammad Najmi Mazelan, 20, yang merupakan pemilik gerai minuman yang terletak di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mergong berkata gerai miliknya yang baharu diusahakan sebulan lepas turut terkena tempias pusaran puting beliung berkenaan.

“Masa kejadian kami sedang melayan seorang pelanggan sebelum secara tiba-tiba khemah terangkat dan kami memang tidak perasan kerana tiada bunyi angin kuat.

“Pusaran itu tinggi dan berwarna hitam dan ia lalu di kawasan kami berniaga dalam tempoh 10 saat sahaja.

“Selepas melalui khemah kami, pusaran itu terus hilang. Saya bersyukur kerana kami dan pelanggan yang berada di kawasan berhampiran tidak cedera manakala peralatan membuat air hanya mengalami kerosakan kecil sahaja,” katanya. – BERNAMA

Tags: puting beliung
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Puting Beliung Disebabkan Ribut Petir

31/01/2022
0

KUALA LUMPUR: Puting beliung berlaku disebabkan pertembungan angin yang boleh menjana pusaran angin pada awal pembentukan ribut petir. Pakar Klimatologi,...

Korban Puting Beliung Di Kentucky, AS Mungkin Cecah 100 Orang

12/12/2021
0

ANKARA: Angka korban akibat puting beliung yang melanda Kentucky, Amerika Syarikat mungkin meragut sehingga 100 nyawa, kata gabenor negeri itu,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd